WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 27, 2009

selamat datang ke dunia baru sayang...

ASSALAMMUALAIKUM WBT...
Alhamdulillah, pada 13 november jam 11.22 malam saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel, (mcm daddy dia).
Buat kalian yang melayari blog saya ni, maaf dipinta kerana saya tak berkesempatan nak menitipkan kabar sehingga ke hari ini.
Gambar baby? Insya Allah dalam jangka masa terdekat. ini pun saya kat umah mak mertua, kebetulan abg ipar tinggalkan laptop dia jadi saya cilok ler kejap nak tulis kabar saya kat dalam blog ni.
Lupa nak tulis, nama anak? Nurnadiya Afrina bt Sahrul Lizam, lahir di INS Centre Alor Setar.
ok yer, nanti esok ke lusa bila my hubby dah dptkan streamyz kat umah, saya masukkan gambar my baby kat dalam blog ni.
Setakat ni saja buat masa ni. jumpa lagi. ADIOS....

Thursday, November 12, 2009

SELALU DALAM HATIKU...

Apabila aku renungkan kembali
menjenguk masa silam seketika
bibirku tanpa sedar mengukir senyuman
terasa ada air jernih mengalir dipipiku
mulai bertanya pada hatiku
apa yang kulakukan disini
jauh dari dia yang kucintai
terpisah dari dia yang kurindui
tiap detik dan ketika tak pernah aku lupa
saat dia lafazkan ingin memilikiku selamanya
Disini jiwaku lara
bila rindu kusebut namamu
bila resah kubayangkan wajahmu
bila aku berada dalam kesedihan
kurasakan dirimu disisiku
melafazkan kata-kata semangat
agar jiwaku tidak mati ditelan perasaanku sendiri
dan aku semakin pasti
bahawa aku harus segera pergi
kembali ke sisimu
dan tidak ingin kembali lagi
ke sini buat selamanya...

Monday, November 2, 2009

helllo...helllo...helllooooo....

mencari kejujuran dalam sebuah perhubungan bukanlah seperti mencari sebuah buku di kedai buku tetapi lebih kepada mencari sebutir permata di tengah lautan pasir. Namun andai kamu benar ikhlas, kamu akan pasti temuinya dengan mudah kerana kilauan mutiara itu terlalu indah untuk disamakan dengan butiran pasir. Tetapi kalau kamu mencarinya tanpa kesabaran yang tekad dan hati yang tulus atas niat yang suci, maka pasti kilauan yang kamu sangkakan adalah mutiara mungkin hanyalah kilauan kaca yang tiada bernilai.
Renung-renungkanlah, makna jujur itu sendiri. Kalau hatimu sendiri jujur, maka jangan diragukan hatinya akan terpesong kerana bila hatimu berbicara tentang sesuatu, dan bibirmu melafazkan kata-kata yang baik dan tidak menyakiti hatinya atau hatimu sendiri, itulah doa yang kamu panjatkan setiap hari kepada Tuhanmu... dan sesungguhnya DIA Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap sesuatu yang di luar batasan akalmu...

Wednesday, October 21, 2009

MEMBILANG HARI...

Assalammualaikum...

due date aku 21 bulan november... tak sabar menghitung hari nak deliver this second baby. kalau kata tak risau tu, nampak ler sangat aku ni bohong tapi excited tu mengatasi rasa takut tu. harap2 semuanya selamat. yang paling penting, Tuhan makbulkan doa aku supaya anak aku ini dilahirkan sempurna fizikalnya, cerdas minda dan sihat walafiat tanpa masalah. Amiin.

Monday, October 12, 2009

OPEN HOUSE...

Hari Jumaat lepas my mum buat open house kat umah di Taman Gasing. Oleh sebab saya dah duk serumah so kongsi ler sekali dengan mak.

Meriah macam kenduri kawin. menu lak banyak. Ada nasi dan lauknya: ayam masak ros, jelatah, kacang panjang goreng dengan hati dan pedal, masak lemak nenas dengan ikan talang kering, dan ada bihun goreng singapore, bihun goreng biasa, serawa pisang dan ubi keledek, ketupat dan gulai daging,nasi impit dan kuah kacang, dan of course kuih raya dan pisang sebagai pembasuh mulut.

Terima kasih buat adik2 yang tungkus-lumus bantu open house ni. Kalau org mai depa tanya kenduri apa ni, tak mcm open house pun macam kenduri bertunang, kawin pun boleh ni... Almaklumlah, dah lama tak buat kenduri kat umah. Kira kenduri kesyukuran gak ni. Syukur sebab mak dah kembali sihat dari sakit. setahun lebih sakit, berubat merata tempat dan akhirnya Tuhan makbulkan doa kami, mak kembali sihat dan aktif macam dulu-dulu. berleter kurang sikit dah sekarang ni...

buat kengkawan yang mai, terima kasih banyak2. majlis ni meriah dengan kehadiran kalian semua. Buat kengkawan mak juga, terima kasih kerana kembali menceriakan mak saya. Dia dah lama sebut nak jumpa kengkawan lama dan akhirnya hari ni jadi kenyataan.

Buat adik2, Zirah, Naim, Najwa, Nazri dan Nasriyah,... TERIMA KASIH kerana menjadikan majlis ni satu kenyataan...

Buat semua yang membantu, Terima Kasih Banyak2. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian semua...

P.S...: Buat abg ipar yang rajin jengok blog saya ni, terima kasih...

Friday, October 2, 2009

BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU..

Hari ni sedih sikit tapi macam biasa, I tetap maintain cool... Tapi tak tahu ler berapa lama boleh maintain dengan keadaan perut pun dah makin sarat. Masalah mai bertimpa-timpa. Time-time ni ler aku paling teringat kat husband aku. Bukannya sebab my hubby boleh selesaikan masalah aku tapi sekurang-kurangnya bila my hubby ada kat sisi, aku terasa ada sokongan, tak keseorangan.
Anyway kengkawan, bila teringat balik kata ustaz, Tuhan Maha Adil dan Maha Penyayang dan Tuhan takkan letakkan rasa senang dalam hati Hamba yang disayangiNya kerana seboleh mungkin Dia ingin menguji dulu Hamba yang disayangi Nya.... Alhamdulillah, Moga Kau jadikan aku ini salah seorang Hamba yang disayang oleh Mu Ya Allah, Amin...

Tuesday, September 29, 2009

SERONOK TAK SERONOKNYA RAYA TAHUN NI...

ALHAMDULILLAH... DAPAT JUGA BERAYA TAHUN NI!!

Apa yang seronoknya beraya tahun ni??
Pertamanya kerana Tuhan berikan saya roh dan jasad untuk merayakannya sekali lagi bersama suami dan anak.
Risau giler masa balik ke Kg Bukit Badong, Ijok, kg suami sebab my hubby memang tak tahan ngantuk kalau bawak keta jauh2 (tapi kekadang tu dekat pun dia boleh menguap mengantuk)...
Risau bila fikir pasal kemalangan maut yang saya dengar, lihat dan baca sepanjang musim perayaan ni.. Hanya mampu berdoa dan berserah kepada yang Maha Kuasa agar perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Keduanya kerana saya boleh terus maintain cool walaupun husband dah agak 'juah' dengan keadaan masa kat Kg. Biasa ler tu, bila dah ramai-ramai, macam-macam ragam dan macam-macam perangai, pelbagai juga idea dan pemikiran. Namun bagi saya, itu tidak menjadi duri pun dalam hidup saya. Hanya satu prinsip saya, tidak guna bermusuhan sesama kita kerana kita ini tiada bezanya di sisi Tuhan. Biaq pi la oghang nak kata apa, yang penting kita tau yang kita di pihak yang benar. Yang lagi penting, terus maintain cool...
ketiganya... terima kasih abang-abang ipar semua... why?? because korang memang best ler... Sori ler tak dapat nak borak panjang-panjang, letih skit musim raya ni. berjalan pi beraya ni betul2 buat saya letih giler. udah ler tgh pregnant ni!

YANG TAK BEST??? Takdenye yang tak best. Semuanya best raya tahun ni.
Sedih skit jer lah sebab tak dapat beraya kat Perlis Tahun ni tapi tahun depan my turn ler pulak.
Doa-doakanlah saya dapat sambung Master ke atau dapat ambik diploma pendidikan. Nak balik keja kat Selangor / Kuala Lumpur ler pulak. Sian husband dok sorang-sorang kat sana. Tak dapat dia tengok anak-anak dia setiap hari... Tolong ler doa2kan yer. Ataupun kalau you all yang baca BLOG saya ni tahu ada keja kosong, kabar2kanlah kat saya di email saya ke kat blog ni ke...

OK LER YER... untuk Ibu mertua, terima kasih kerana sabar dengan saya walaupun mungkin banyak cerita negatif yang mak dengar but mak still steady dari dulu sampai sekarang. I love u ler my mother in law. Buat Ibu saya, terima kasih yang tak terhingga kerana selalu ada disisi saat suka dan suka saya (walaupun kita berdua selalu tak sependapat).
untuk kak Linda, terima kasih layan saya dengan baik. untuk kak Liah, terima kasih bagi saya tumpang bilik kat umah akak. untuk Kak Mah, terima kasih coz masak nasi ayam best punya. Buat yang lain2, saya mohon maaf kalau ada silap dan salah dan terima kasih kerana cuba menerima saya dalam hidup kalian semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
BUAT SEMUA YANG MENGENALI
JARI DISUSUN SALAM DIHULUR
TANDA KASIH MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
TANDA PENYAMBUNG SILATURRAHIM

TAHUN NI, SAYA BALIK KE SELANGOR. GILIRAN KELUARGA SUAMI PULA MENERIMA KEHADIRAN KAMI PADA HARI RAYA PERTAMA. LEPAS TU MUNGKIN RAYA KE 3 DAH BALIK KE PERLIS BERAYA DENGAN FAMILI KAT PERLIS LAK. BEGITU LER KALAU DAH KAWIN ORANG JAUH, KENA LER SALING TOLAK ANSUR. KEBETULAN PULAK SUAMI KENA KEJA, TAPI ON CALL JER LAH. MAKNANYA DIA KENA ADA KAT DALAM NEGERI SELANGOR SAJA TAK BOLEH PI JAUH-JAUH.

WALAU APAPUN, HARI RAYA TAHUN NI AKAN DISAMBUT DENGAN FAMILI BARU. 2 HARI LEPAS BIRAS SAYA DAH SELAMAT LAHIRKAN BABY BOY. TAHNIAH KAK LINDA DAN ABG JULIN... DAPAT JUGA BABY BOY. SERONOK LER FARISAH DENGAN FARAH DAPAT ADIK LELAKI. TAHNIAH SEKALI LAGI...

AKHIR KALAM, PENYUDAH BICARA, JADIKANLAH SYAWAL TAHUN INI, SYAWAL PALING INDAH BUAT KITA SEMUA. ASSALAMMUALAIKUM.

Monday, September 14, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK DAN RAYA AIDILFITRI

Puasa tahun ni rasa macam sekejap jer kan... walaupun aku rasa sedih sikit sebab cuma beberapa hari jer dapat berbuka bersama-sama dengan suami tersayang tapi aku tetap rasa bersyukur kerana Tuhan berikan aku kesempatan dan peluang untuk sekali lagi menyambut Ramadhan al- Mubarak pada tahun ni. Harap-harap dan aku berdoa Tahun depan, Tuhan perkenankan lagi permintaan aku untuk menyambutnya bersama baby baru aku...

Baju raya, Kuih Raya, Duit Raya, macam-macam lagi raya ler... rasanya tahun ni lain skit sebab aku buat langsir raya. hahaha... bayangkanlah dah 4 tahun aku kawin, inilah pertama kali aku buat langsir untuk raya. itupun langsir aku tak sempat siap sebab adik aku yang jadi tukang jahit sibuk dengan tempahan kuih raya....

cerita pasal kuih raya pulak, adik aku yang ke-3 punya misi baru tahun ni. dia dengan husband dia ambik tapak kat Taman Sena Indah, Perlis untuk jual kuih raya. Oleh kerana nak jadi penyokong, kononnya nak support adik, aku dengan adik no 4 pun buat ler jugak kuih raya antar kat gerai adik no 3 aku ni. dengan harapan untuk mempelbagaikan lagi biskut raya kat gerai dia. ada ler dalam 4 jenis, Chocolate Sprinkles, Biskut Honey Crunch, Biskut Aiskrim dan Biskut Cornflakes.... hehehe... tak tau ler sedap ke idak tapi sedap ler kot....

so sesapa yang baca blog ni dan ada kat Perlis, singgah2lah kat Gerai IMAKHAN ENTERPRISE kat taman Sena Indah kat roundabout Kangar tu yer....

Kalau Baju raya... my baby girl dah ada 4 pasang baju kurung. aku tempah 2 pasang, tok dia bg sepasang, mummy wawa dia bg sepasang... baju aku sepasang jer sebab tgh pregnant kan, tak perlulah tempah baju, pakai baju pregnant jer. my hubby tak beli apapun lagi. taknak beli katanya tai tadi bila dah kena fire dengan aku baru sibuk nak beli. bukan ler 'fire' betul2, marah2 sayang gitu... orang manja ni tak blh kena marah, kena pujuk jer... gitu ler kalau dah kawin dengan bongsu lelaki ni. Sulung jumpa Bongsu...

cerita-cerita pasal raya ni memang syok tapi bulan puasa tetap best... boleh kumpul sama-sama... berbuka bersama-sama... macam-macam makanan pulak tu... moga perginya Ramadhan tahun ni akan tinggalkan seribu kenangan indah buat aku dan famili... Amin...

Thursday, September 10, 2009

KEMERDEKAAN INI HANYA PINJAMAN

Assalammualaikum


Terima kasih... Aku bersyukur padamu Tuhan kerana memberikan bumi yang yang kupijak dan langit yang kujunjung ini sebuah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sudah 52 tahun negara ini manyambut Hari Kebebasan daripada Penjajah setelah 446 tahun terjajah oleh kuasa-kuasa besar dari mula jatuhnya empayar-empayar Tanah Melayu hinggalah kebangkitan Melayu menentang Malayan Union dan tertubuhnya UMNO pada 1946.


Kekuatan bangsa Melayu itulah yag meruntuhkan egois bangsa lain. Kita merdeka dengan tandatangan pada sekeping kertas dan janganlah pula dengan sebaris kata, kita hancurkan kemerdekaan itu.


kawan-kawan,

hari ini kita fikir kita memeiliki kemerdekaan itu tetapi sebenarnya kita hanya meminjamnya daripada anak-anak dan cucu cicit kita. Moyang-moyang kita dulu mencapai kemerdekaan ini dengan keringat, airmata, dikorbankan harta benda, wang ringgit dan segala yang mereka ada untuk memastikan kita dapat hidup dalam suasana pada hari ini. Jangan pula kita terlalu pentingkan diri sendiri, membuat huru-hara hingga nanti anak-anak dan cucu cicit kita pula yang terpaksa menanggung akibatnya daripada kejahilan kita.


Renung-renungkanlah....

Friday, August 28, 2009

bertemu lagi...

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Maaflah no dah lama tak menulis kat dalam blog ni. Bukannya malas tapi kena pi kursus 10 hari kat KL dari 10 Ogos hingga 19 Ogos, pastu lepak jap dengan famili kat Selangor. Balik Perlis terus kena demam. Risau gak tapi bukan H1N1, Alhamdulillah. Minta dijauhkan kita semua dari virus yang merbahaya ini.


So starting today, saya akan mula update my blog. so nantikanlah cerita-cerita yang lebih anggun daripada saya.


Adios....

Monday, July 27, 2009

ASSALAMMUALAIKUM

ASSALAMMUALAIKUM

BUAT SEMUA INSAN DI LUAR SANA YANG MENGENALI SAYA, TERIMA KASIH...

BUAT SEMUA INSAN YANG SAYA SAYANGI, KALIANLAH YANG MENJADI PELANGI DALAM HIDUP SAYA...

BUAT SEMUA INSAN YANG MEMBENCI SAYA, KALIANLAH YANG MENJADI PENCETUS SEMANGAT UNTUK SAYA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK...

BUAT SEMUA INSAN YANG INGIN MENGENALI SAYA, TANGAN DIHULUR SALAM PASTI BERSAMBUT KERANA SILATURRAHIM YANG DIBINA SENTIASA DI BAWAH RAHMAT YANG MAHA ESA....

Thursday, July 16, 2009

Bila aku teramat rindu padamu....

Bila aku teramat rindu padamu aku cuba memikirkan tentang perkara lain
menyibukkan diriku dengan hal-hal lain
menyatakan pada akalku bahawa aku harus teruskan hidupku
Namun aku selalu berharap apabila aku terlalu rindu padamu
kau akan hadir dihadapanku
memberikan aku senyumanmu
memberikan aku pelukan mesramu
Apabila aku terlalu rindu padamu
kuzahirkan ia dengan kata-kata
walau jiwaku memberontak ingin berada disisimu
saat namamu terucap dibibirku
setiaku masih untukmu
dan dengan izin yang Esa
dan hanya Dia yang tahu apa sebenarnya didalam hatiku
sayangku masih utuh untukmu tidak mungkin akan terbelah-bahagi
Terima kasih kerana memberikan aku ruang dan peluang
membuktikan siapa aku pada diriku sendiri
dan tidak jemu memberikan aku ruang dan peluang
untuk aku mengenali hatiku sendiri
bila rasa rindu padamu bila aku jadi teramat rindu padamu....
dan aku akan terus menghargai perasaan rindu ini...
Terima kasih sayang
untuk rasa dan perasaan ini...
kukunci kukuh di dalam hatiku selamanya....





Tuesday, July 14, 2009

BILA CIKGU CERITA TENTANG MANSUHNYA PPSMI...

Assalammualaikum...

Saya bukan nak cerita tentang setuju ataupun tidak tapi tadi saya buka laman blog sepupu saya yang juga seorang guru matematik and of course she must speaks in english when teaching her students kan... kesian lak... tapi bila baca ayat-ayat sepupu saya ni, rasanya dia agak sedih gak bila nak dimansuhkan ppsmi ini. Rasanya yang perlu diubah adalah cara pengajarannya dan diberikan sedikit kelonggaran kat cikgu-cikgi yang agak tergagap-gagap bila speaking london ni.

Tak salahnya PPSMI ini, malah Tun Mahathir juga tidak bersetuju PPSMI ini dimansuhkan, takkan jadi omputihnya anak-anak kita ini walaupun belajar dalam bahasa Inggeris. Malahan saya rasa mereka bertuah kerana diberikan pendedahan awal berkenaan terma-terma sains dan maths di dalam bahasa inggeris.

saya dapat rasa mcmana susahnya belajar math dan sains dalam bahasa inggeris tanpa basic/ asas semasa di sekolah dulu apabila saya ke universiti. Penat siot... buku-buku semua dlm english, kita ni pening dah ni. soalan mudah tapi bila in english, mcm nak tercabut kepala. Alangkah indahnya kalau saya dapat belajar asasnya semasa bersekolah dulu.

so...Kerajaan dah tetapkan lagi 3 tahun baru nak mansuhkan. Buat guru-guru, selamat mengajar... buat adik-adik yg sempat belajar sains dan math dlm english, tahniah kerana nanti takler pening sgt bila sambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi... yang tak dpt ke peringkat tinggi tu, carilah bidang kemahiran sebagai kerjaya, jgn dok hisap dadah pulak...

buat semua guru,

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ATAS BUDI YANG DIBERI,
AKU KAN SELALU MENGINGATI,
TULUS KASIH JASA BAKTI...

Wednesday, July 8, 2009

MENGINSAFI DIRI...





Melihat gambar-gambar di atas, sememangnya membuat sesiapa sahaja yang punya perasaan kemanusiaan akan tersentuh. Mujurlah Tuhan berikan saya kekuatan untuk melemparkan senyuman kepada adik-adik ini walaupun di dalam hati sudah menangis teresak-esak. Hanya Tuhan yang tahu makna riak di wajah saya namun apalah yang boleh saya lakukan hanya dapat membantu yang seadanya sahaja. Hanya doa dapat kukirimkan buat kalian anak-anak istimewa. Tabahnya mereka yang berada di sekelilingmu... Terima kasih kerana menjaga adik-adik ini yang sememangnya memerlukan sokongan semua insan yang prihatin dan berhati mulia...

Tuesday, July 7, 2009

SEDAPNYA MAKAN DURIAN...

para peserta pencari durian penuh bersemangat mencari durian. jangan lupa kakcik ooi, durian kat atas pokok tu, luruh atas kepala, naya...

inilah hasil pencarian kami... yahuu...


satu-satunya peserta lelaki..

3 biji sekali i bawak you!!...

inilah ketua rombongan cik kiah ke dusun buah...





sedapnya durian ni....







Monday, July 6, 2009

Kursus Jati Diri dan Bentuk Imej...Kondo Istana, Langkawi








Assalammualaikum...

Maaf ler yer dah beberapa hari tak update blog ni. Bukan saja-saja na nak menyepikan diri tapi kena pi Langkawi, berkursus selama 3 hari dari 1 hingga 3 Julai.

Seronok gak pi kursus ni. Dapat kawan baru dan dapat belajar perkara-perkara baru yang sebelum ni tak pernah terfikir pun tentang perkara tu.

so inilah antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kat sana.

Monday, June 29, 2009

Thursday, June 25, 2009

Dialah yang bertahta di hatiku...

Kalau nak dikisahkan cerita kami berdua memang tak cukup masa... apa yang boleh aku ringkaskan... Almost 1 year berkawan, akhirnya aku dan si jejaka mengikat tali pertunangan.

Agak mengejutkan juga, especially for those yang tahu kisah kami tapi aku relaks jer walaupun ada yang bagi nasihat macam-macam masa aku kawan dengan dia. Faham-faham jer lah, masa tu memang heboh pasal member chatting ni, ada yang kena tipu, ada yang baru kenal dah berakhir kat bilik hotel dan macam-macam lagi.

Namun bagi aku, Alhamdulillah... Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup baik walaupun kuat merajuk, bertanggungjawab walaupun kuat berleter daripada aku, Lelaki yang cukup romantis dan selalu memberikan aku semangat untuk aku teruskan hidup ini dalam keadaan yang paling sukar...

Memang betul kata orang, "Sukar mencari pasangan yang sempurna untuk dicintai tetapi tidak mustahil untuk menjadikan ketidaksempurnaan itu sebuah kisah cinta yang sempurna"...


Tanggal 17 April 200 5, aku dan dia sah menjadi pasangan suami isteri sehinggalah ke hari ini...

Buat suamiku yang tercinta, terima kasih kerana hadir dalam hidupku... Adanya Nurin Arina Shafiqah adalah lambang kasih kita berdua...

LOVE U ALWAYS....

Tuesday, June 23, 2009

KERETAKU DILANGGAR ORANG... DAN DIA LARI...









kemarin aku parking keta aku kat depan tempat parking depan Dewan Kapitol, Kangar. Macam biasa aku pun pi la buat keja kat opis aku dengan hati yang girangnya. Pukul 1.40 tghari aku pun kuar opis dan berjalan pi kat tempat parking nak ambik keta aku yang setia menanti kat situ. Aku pun masuk dalam keta, start enjin buka air cond dan relaks jap.

Tup-tup ada sorang makcik mai kat aku, dia cakap ada keta kancil putih seorang lelaki yang bawa kuar tadi dan blah. aku ni yang tak paham butir bicara terus ja angguk. Dalam hati aku apa la yang makcik ni dok citer. Sebaik dia berlalu, aku pun kuar dari keta. Tengok dan belek depan keta aku. SAH!! Keta aku kena langgar!! Makhluk tuhan yang mana la pulak ni yg pi langgar keta aku yang tak bergerak dan tak berdosa ni. Aku pun tarik nafas panjang-panjang dan masuk balik dalam keta.

Dalam aku dok pikiaq nak blah dari situ, mai la 3 orang budak pompuan bawak satu kertas. katanya dia baru nak letak kertas kat wiper aku. Alhamdulillah MASIH ADA LAGI INSAN DI DUNIA INI YANG PRIHATIN DENGAN NASIB ORANG LAIN. TERIMA KASIH YER DIK. Aku dapat nombor plat dan jenis keta tu.

SAKSI KATA KETA YANG LANGGAR KETA AKU DAN BLAH TU, PLAT NOMBOR DIA :
WJL 612, KETA KANCIL WARNA PUTIH, PEMANDU LELAKI DALAM USIA PERTENGAHAN/BERUMUR GAK.

Pertemuan Kali Pertama...

Bertemu buat kali pertama memang surprise giler... penuh dengan kejutan... tapi aku macam biasa terus dengan muka cool dan buat tak tau aku... Nampak jer berani tapi takut sebenarnya... hehehe...
Aerol ke hostel aku pada satu hari yang kami dah janjikan. Kami kuar dinner sama-sama. Macam biasa, aku memang penuh dengan kejutan. Dan aku pula bukanlah orang yang suka merajuk tak tentu pasal cuma aku ni orang yang pantang dicabar. Itu memang satu sifat aku yang sampai hari ni dipergunakan oleh kawan aku... (s.u puteri Bahagian Arau)..
Ada ka patut dia bgtau aku apa yang adik dia cerita kat dia pasal aku (memang patut ler pun! aku pun teringin nak tau gak...). Tapi biasa ler, macam omputih kata, 'Beauty is in the eyes of the beholder'. Hanya si pemilik mata yang boleh menilai apa yang mata dia lihat, kalau elok tu eloklah, kalau tak elok tu nasiblah kan...
so bermula dari hari tu, kami tetap berkawan macam biasa tapi kami tak ambil masa yang lama untuk jadikannya luar biasa.... dan pada satu hari yang tak ler indah sangat.... (sambung esok la na...)

Monday, June 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA...



SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH TERSAYANG DAN SUAMI YANG TERCINTA...

JUGA BUAT SEMUA AYAH, BAPA, PAPA, BABA, WALID, ABAH, DADDY DI SELURUH DUNIA... JASAMU TETAP DIKENANG....

SELAMAT HARI BAPA...


BUAT AYAH... TERIMA KASIH KERANA SELALU ADA BIARPUN ANAKMU INI SELALU TIDAK SEPENDAPAT DENGANMU...

BUAT SUAMIKU, BAPA KEPADA ANAKKU... TERIMA KASIH KERANA MENJADI DADDY YANG BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB...

SELAMAT HARI BAPA...




Friday, June 19, 2009

Selepas pertemuan...

Selepas pertemuan aku dan eli, taktahu ler apa yang si adik ni balik cerita kat abg dia. .. esoknya dia call aku, nak jumpa katanya. so kami set satu hari, satu masa yang sesuai untuk bertemu buat pertama kalinya...

...sambung lagi

Wednesday, June 17, 2009

Selepas itu aku pun...

Selepas dah 4 tahun berkawan, berchatting, ber-email, berbalas surat dan bertelefon, so aku pun decide untuk bertukar gambar. At least aku tahu yang orang yang aku selalu bercakap dan berbalas utusan ini adalah orang yang betul, wujud di alam realiti ni.

Dapat jer surat dan gambar.... tak terus tengok. Kami janji akan sama-sama buka surat tu dan tengok wajah masing-masing. Memang nak tergelak kalau ingat balik saat tu. Memang lawak antarabangsa betul ler!!!

Walaupun dah tengok gambar, tapi kami tetap tak jumpa juga. Nak dijadikan cerita, orang pertama yang aku jumpa dan kenal secara live dalam famili dia adalah adik perempuannya, Eli. Sebab? Si Eli ni memang suka layan orang bercakap dan dia ler yang selalu jadi tukang angkat telefon bila aku telefon abangnya. So sementara dok tunggu tu, aku pun borak ler dulu dengan Eli ni.

Satu hari aku and the gang nak kuar makan kat town. Teringat ler pulak si Eli ni. Aku pun ajak-ajak ayam saja pada mulanya tapi kebetulan lak dia pun free. so berjumpalah aku dengan adik si lelaki yang aku selalu hubungi tapi tak pernah jumpa ni. Peramah orangnya si gadis genit ini dan sampai hari ini dia masih Eli yang aku mula-mula kenal dulu walaupun mungkin dia dah dengar banyak cerita-cerita dari orang lain tentang aku namun Eli tetap Eli... masih suka bertanya banyak soalan, masih suka buat muka blur, masih tetap adik yang aku sayang...

Lepas pertemuan aku dan Eli...


(Sambung lagi....)

Tuesday, June 16, 2009

Puteriku - Tanda Kasih...




Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.





Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-oleh diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.




Thursday, June 11, 2009

Pertama kali dengar suara...

Pertama kali dengar suara memang terkelu sat. orang sana diam , orang sini pun diam. kwang...kwang...kwang... apara punya citer. Kalau dah diam kat public phone tu, baik takyah tipon, buat abis duit ja. ( nasib baik ler cik abg ni org selangor jer, kalau jauh2 aku sure takkan tipon).

So, apa jadi lepas tu cuma sesi berkenalan. Perasaan? Ntah ler. Aku bukannya biasa sangat buat keja tipon anak teruna orang nih. Relaks ja tapi seronok juga dapat tambahkan kenalan.

Start tahun 1999 aku berkenalan kat dalam internet hinggalah tahun 2002, aku dan this guy yang aku panggil 'aerol' ni cuma berbalas email, tipon, antar surat dan berchatting saja. Kami tak pernah jumpa walaupun sekali tapi kami pernah 'bercinta' dan 'putus cinta' dan jadi kawan semula semasa dalam proses perkenalan dan persahabatan kami di alam maya.

Macam cerita hindustan jugak la bila difikir-fikirkan tu. Tapi syok la juga sebab takdak la boring sangat perjalanan hidup aku ni. (iyer lah tu...)

setelah hampir 4 tahun tak pernah jumpa walaupun sekali, aku pun teringin la juga nak tengok macamana la rupa kawan aku sorang ni. Pastu aku pun.... (to be continued)

Wednesday, June 10, 2009

MEMBER CHATTINGKU, SUAMIKU

Semasa aku belajar di matrikulasi kat Lembah Pantai, aku ni boleh dimasukkan dalam kategori 'naive' ler jua orangnya. Tak paham sangat pasal dunia luar. Macam rusa masuk kampung juga ler.
Satu hari tu, ntah ler macamana nak dijadikan cerita, aku ikut kawan aku pi cyber cafe. Maka hari tu aku pun belajar ler nak berchatting... kah..kah..kah... macam orang bodoh jer, satu-satu aku nak menjawab chatters kat dalam laman chat tu. kalau tak salah aku, aku masuk dalam 'kampong'. Ramai jugak kat dalam tu. Of course aku pilih yang lain jantina daripada aku nak ajak chat dengan aku.
ada la sorang chatter ni, memang syok ler berchatting dengan dia. tengah dok syok tu, kawan aku pula kata nak balik, ada hal penting, parents dia mai kat asrama. nak tak nak, tanpa ragu-ragu aku pun tanya ler nombor contact mamat ni. dia pun bagi ler nombor rumah dia (masa tu tak guna hp lagi). aku pun salin ler, macam real jer kan....
Balik asrama, aku pun pikiaq pi pikiaq mai, takut la pulak nak tipon orang yang aku tak kenal ni. Tapi disebabkan rasa excited tu melebihi rasa takut aku pun memberanikan diri menelefon orang yang aku tak kenal langsung ni. Nama betul pun aku tak tau.
First time dengar suara..... (kita sambung esok yer!)

Tuesday, June 9, 2009

DADDY AND NURIN... DI PERHENTIAN GURUN














BABY DAMIA...




KESIANNYA SI DAMIA NI... NI LER BABY GIRL ADIK IPAR SAYA YANG NOMBOR 11 (BONGSU)... NOMBOR 10 TAK KAHWIN LAGI. KATANYA TAHUN DEPAN, MOGA-MOGA JADI, AMIINN...


SO BABY DAMIA, SELAMAT MINUM SUSU, TIDURLAH WAHAI CUTE GIRL...





A SPECIAL GIFT FOR YOU...

Monday, June 8, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABG AZI...


Selamat Hari lahir Abg Azi... my bro in law... abg suami saya yang ke ? , (nanti saya tanya husband saya dulu, dah tak ingat ler, ramai sangat) .... YG KE TUJUH DARIPADA 11...

Semoga Panjang Umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik....

dah wish kul 1 pg tadi, bila tanya yang ke berapa, abg Azi reply katanya baru sweet 25....

Ehem... baik-baik abg Azi, nanti kena baling periuk dengan Kak Ina kang.... hehehe...

Anyway, terima kasih kerana menjadi abg yang very nice dan kelakar....



HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!








Cerita tentang si comel Zakuan...




Ini adalah adalah anak saudara saya, anak kepada abang ipar saya, abang suami saya. Nama dia Zakuan, taktau ler ejaannya betul atau tidak. kalau ayahnya baca blog ni, tolong betulkan di bahagian komen yer.
Zakuan Haris Bin Sahridzal. Lahir 26 Disember 2007, dah setahun lebih usianya. Gambar-gambar ni saya ambil masa saya balik ke Selangor pada hari minggu baru-baru ni. Baby kepada pasangan Sahridzal dan Saliah.
Ada sister, Zarifah Sofiya (hopefully acik iba tulis nama korang ni betul ler yer), dah 5 tahun, dah masuk sekolah tabika dah pun. Pemalu tapi nice budaknya. Gambar Sofiya tak ada cuma adiknya saja. Asyik lari jer, mcm mana nak ambil gambar.









Jumpa lagi nanti yer Zakuan....