WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 26, 2009

BARA

karya : Datuk A.Samad Said


Pada ketikanya akan sampai
ke mata dan ke hati,
pasti hasratnya akan tercapai
berbara di pusat api.

Bumi ini
ini lagunya.

Janji tidak payah disampaikan
angin lalu bukan kawan,
angin lalu nafas syaitan,
janji puncak kehancuran.

Bumi ini
ini lagunya.

Tiga hasrat satu kekasih
tiga tulang semua putih
tiga harapan satu indah
tiga dendam semua merah.

Bumi ini
ini lagunya.

Pagi sampai di kelabu mata
tiada berita kecuali darah,
siapa ke bulan siapa ke bulan
tidak ditanya di neraka hitam.

Bumi ini
ini lagunya.

Manusia semua pasti terkapar
di bumi hangus di laut terbakar
segala-galanya pasti menggelepar
dari pucuk hingga ke akar.

Bumi ini
ini lagunya.

Malam ini malam di dada
segalanya bara - segalanya, ya.

Pagi ini manusia berdoa
di alisnya terbayang dosa!


Kuala Lumpur
13 Januari 1959

No comments: