Blog Archive

Thursday, February 19, 2009

BERTEMU YB DATO SHAHANIZA SAMSUDDIN



Pertama kali bertentang mata dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Pahang ini saya tidak pernah menyangka betapa ramah dan mesranya wakil rakyat ini. Walaupun kepenatan tetapi senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Petah mengucapkan kata dan siap sedia menjawab segala persoalan yang saya ajukan padanya.

Kebetulannya kami punya persamaan sebagai Ketua Penerangan Puteri. Yang membezakan cuma YB Dato sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia dan kini bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia manakala saya hanya di Bahagian Arau dan tidak bertanding untuk apa-apa jawatan Puteri UMNO Malaysia memandangkan saya masih baru dalam Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Yang menariknya tentang wakil rakyat yang membahasakan dirinya sebagai Kak Sha ini adalah sifatnya yang tidak sombong dengan title yang dimilikinya. Segala soalan dikemukakan ahli meja dijawab tanpa teragak-agak seolah-olah semuanya sudah diagaknya akan diajukan kepadanya.

semoga Yb Dato Shahaniza akan kekal sifatnya seperti yang saya kenali hari itu hingga bila-bila terutamanya kalau beliau menang memegang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Jumpa Lagi...






No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts