Blog Archive

Wednesday, February 18, 2009

Buat Nurin Arina Shafiqah...


Hari ini saya membawa Nurin, my lovely daughter (3 april ini genap 2 tahun), ke pusat servis kereta di Alor Setar. Lasaknya bukan main. Berlari ke sana-sini. Melihat Nurin hati tersentuh. Alangkah bahagianya dia. tiada apa yang perlu dirisaukannya. Hanya menangis bila dia merasa sakit dan lapar. Sesekali dia menangis bila dia rindukan daddynya.

Hari ini juga saya memikirkan tentang sesuatu, adakah anakku ini akan melalui apa yang dia lalui hari ini pada masa depan? Terlalu jauh mindaku pergi. Tetapi itulah realitinya.

Terlalu banyak kisah riuh-rendah hingga aku takut suasana tidak akan aman lagi. Aku tak ingin generasi depan hidup seperti mereka di bumi Palestin atau seperti di Bosnia dulunya ataupun seperti di Iraq. kesian Umat Islam di sana.
Buat Nurin, mummy selalu mendoakan kebahagiaan buatmu, anakku. kebahagiaan di Dunia dan jua di Akhirat.

Maafkan mummy kerana pisahkan Nurin daripada daddy, tapi apakan daya, rezeki mummy di bumi Perlis dan daddy di Selangor. Insya-Allah, dengan izin Tuhan, kita akan bersama kembali.





No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts