WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 17, 2009

CERITA TENTANG KAK NORA


Assalammualaikum

"Susahnya nak masuk blog adik ni!" - sms dan email dari kak Nora kepada saya. Heran juga naper kak Nora tak dapat nak buka blog saya ni. takkan ada orang baca jampi pulak?? hehe... gurau jer kak, jangan marah pulak yer...

Bercerita tentang kakak sorang ni, seronok juga. asyik dok bercerita pasal orang politik, pasal PKR ler, PAS ler, macam-macam rusuhan, pilihanraya kecil - saya tukar tajuk kejap yer.

Kak Nora ni orang politik gak. Setiausaha kerja bagi Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perlis, masih lagi dengan tugasannya hingga Mac ni. Sekarang kat Pusat Khidmat Parlimen Arau, keja dengan Datuk Ismail Kasim (chu). Sibuk mengalahkan Ahli Parlimen Arau.... siannya dia! (jangan mare yer kak)

Tadi saya jumpa kak Nora kat tingkat bawah opis saya. Kebetulannya pula saya tak sarapan lagi so kami pun sarapan ler sama-sama kat Restoran Juliana 2. Banyak dia makan nasi. Orangnya kurus jer. selalunya dia tak makan banyak (jimat belanja) tapi katanya dia makan vitamin (lupa lak nak tanya vitamin apa yang diambilnya).

apa-apapun, kak Nora ni sporting orangnya. Tak kenal maka tak mesra. masa mula-mula saya jumpa dia dulu, saya ingat dia sombong tapi rupanya muka jer garang tapi jiwa puitis abis... wa cakap lu...

sesaper yang baca tulisan saya ni, jangan ler pulak ingat saya tak menghormati kakak saya ni cuma seronok mengusik dia....

semoga kebahgiaan selalu milikmu....
(Gambar atas : apa la yang dia dok pikiaq tu...?)

No comments: