Blog Archive

Friday, February 27, 2009

TERIMA KASIH...

Hari ini aku duduk termenung sendiri. terfikir tentang kisah adik-adik. masing-masing punya hidup sendiri kini. tapi yang tetap tidak berubah adalah adanya aku dalam hidup mereka. dan adanya mereka dalam hidupku.

sesekali bila kami berkumpul bersama, banyak cerita kami luahkan sesama sendiri. bergossip pun ada juga. seronoknya bila dapat bergelak-ketawa seperti masa dulu.

kisah aku?... memang banyak cerita kalau nak dibicarakan di sini. tapi cukuplah kalau aku katakan, aku bersyukur dengan apa yang kumiliki hari ini. walau kadang-kadang aku sesekali rasa seperti tewas dalam segala cabaran dan dugaan tapi aku cuba yakinkan hati agar tetap berada di landasan yang benar. jangan terpesong jauh tinggalkan segala prinsip hidup yang ku pegang erat dari dulu.

dan Syukurlah kerana di saat aku perlukan pertolongan dan bantuan, selalu ada insan yang sudi menghulurkan tangan dan memimpinku keluar dari kegelisahanku.

Terima kasih buat mereka yang pasti mengerti bahawa merekalah yang aku maksudkan disini...

No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts