Blog Archive

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2009

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar cikgu/ustaz/ustazah/miss/sir/mr, tugasan yang sama dan misi yang sama cuma panggilan berbeza. Mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan mempunyai masa depan yang gemilang.

Jasamu guru tidak dapat kubalas.... Terima Kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik saya semasa saya di Sekolah Kebangsaan Bohor Mali, Sekolah Kebangsaan Jejawi, Sekolah Menengah Derma dan seterusnya buat semua pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. JASAMU TETAP KUKENANG!!

Juga ucapan Selamat Hari Guru buat paktam zakariya man (bapa sedara), abang Sahar(abg ipar), Kak Liah(biras), Kak Zuhana(biras), Kak Kana (sepupu) dan Muhaini (sepupu) kerana memilih kerjaya di bidang pendidikan...

Buat cikgu Norma Saad (semasa kat SMD), cikgu Maznah (sekarang kabarnya dah jadi lecturer kat UUM), cikgu Azizan (dulu guru sukan di SKJ tapi sekarang nak cipta rekod dunia berenang), Mrs Wong (guru bahasa Inggeris di SKJ), terima kasih kerana memberikan kenangan indah kepada saya hingga ke hari ini...

BUAT SEMUA GURU DI SELURUH DUNIA... TO ALL TEACHERS IN THE WORLD... SELAMAT HARI GURU... JASA DAN PENGORBANANMU AKAN SELALU DI DALAM HATIKU...



No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts