Blog Archive

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam tanggal 10 Mei 2009, seluruh dunia menyambut sambutan hari ibu. Tanda ingatan besarnya jasa seorang ibu. Menghargai seorang insan bergelar ibu, mak, mummy, ibu, umi, bonda, mama pada satu hari yang cukup istimewa.


Sesungguhnya setiap hari dengan kehadiran seorang ibu di sisi adalah hari yang cukup istimewa. Tidak akan dapat dilafazkan dibibir betapa besar jasanya mengandung sembilan bulan sembilan hari, bertarung nyawa melahirkan seorang insan ke atas muka bumi ini dan berkorban masa, tenaga, wang dan keringatnya untuk membesar dan memberikan kehidupan yang baik dan bermakna kepada anak-anaknya.

Tiada hari yang tidak istimewa untuk seorang ibu. Walaupun pada hari yang dianggap istimewa, si ibu tetap menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Melaksanakan rutin kehidupannya tanpa paksa. Dimindanya sudah tertulis apa yang harus dilakukannya tatkala matanya dibuka pada subuh hari dan hanya berakhir apabila matanya terpejam kembali dalam lenanya.

Semalam apabila adik2 membawa kek bersama ucapan Selamat Hari Ibu buat emak, hati saya sedikit tersentuh. Melihat senyuman dibibir mak, hati tertanya... apakah yang dirasakan dalam hatinya saat ini? gembirakah dia? terharukah dia? Yang ada difikiran saya hanyalah, mak pasti tidak akan ralat kerana anak2nya mengingati satu hari yang istimewa buat semua ibu di dunia ini.


Buat emak, Pn Che Jam Bt Man dan juga Ibu Mertua, Pn Mintan bt Rakiman, SELAMAT HARI IBU....

BUAT EMAK, Terima Kasih kerana selalu ada untukku walaupun kadangkala anak ini selalu menyakitkan hatimu tanpa sedar. Terima Kasih kerana sabar melayan karenahku dari kecil sehingga dewasa. Terima kasih kerana mengandungkanku, melahirkanku ke dunia ini dan membesarkan aku. Terima Kasih atas sekalung budimu Mak....

BUAT IBU MERTUA, Terima Kasih kerana selalu menyokong diri ini disaat aku perlukan sokongan, Terima Kasih kerana selalu cuba untuk mengerti, Terima Kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan seorang insan yang cukup istimewa sebagai pasangan dalam hidupku... Terima Kasih Mak....




BUAT SEMUA IBU DI SELURUH DUNIA... SELAMAT HARI IBU.... SEKUNTUM MAWAR MERAH BUAT INSAN PALING ISTIMEWA....







No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts