WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 25, 2009

Dialah yang bertahta di hatiku...

Kalau nak dikisahkan cerita kami berdua memang tak cukup masa... apa yang boleh aku ringkaskan... Almost 1 year berkawan, akhirnya aku dan si jejaka mengikat tali pertunangan.

Agak mengejutkan juga, especially for those yang tahu kisah kami tapi aku relaks jer walaupun ada yang bagi nasihat macam-macam masa aku kawan dengan dia. Faham-faham jer lah, masa tu memang heboh pasal member chatting ni, ada yang kena tipu, ada yang baru kenal dah berakhir kat bilik hotel dan macam-macam lagi.

Namun bagi aku, Alhamdulillah... Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang cukup baik walaupun kuat merajuk, bertanggungjawab walaupun kuat berleter daripada aku, Lelaki yang cukup romantis dan selalu memberikan aku semangat untuk aku teruskan hidup ini dalam keadaan yang paling sukar...

Memang betul kata orang, "Sukar mencari pasangan yang sempurna untuk dicintai tetapi tidak mustahil untuk menjadikan ketidaksempurnaan itu sebuah kisah cinta yang sempurna"...


Tanggal 17 April 200 5, aku dan dia sah menjadi pasangan suami isteri sehinggalah ke hari ini...

Buat suamiku yang tercinta, terima kasih kerana hadir dalam hidupku... Adanya Nurin Arina Shafiqah adalah lambang kasih kita berdua...

LOVE U ALWAYS....

No comments: