WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 10, 2009

MEMBER CHATTINGKU, SUAMIKU

Semasa aku belajar di matrikulasi kat Lembah Pantai, aku ni boleh dimasukkan dalam kategori 'naive' ler jua orangnya. Tak paham sangat pasal dunia luar. Macam rusa masuk kampung juga ler.
Satu hari tu, ntah ler macamana nak dijadikan cerita, aku ikut kawan aku pi cyber cafe. Maka hari tu aku pun belajar ler nak berchatting... kah..kah..kah... macam orang bodoh jer, satu-satu aku nak menjawab chatters kat dalam laman chat tu. kalau tak salah aku, aku masuk dalam 'kampong'. Ramai jugak kat dalam tu. Of course aku pilih yang lain jantina daripada aku nak ajak chat dengan aku.
ada la sorang chatter ni, memang syok ler berchatting dengan dia. tengah dok syok tu, kawan aku pula kata nak balik, ada hal penting, parents dia mai kat asrama. nak tak nak, tanpa ragu-ragu aku pun tanya ler nombor contact mamat ni. dia pun bagi ler nombor rumah dia (masa tu tak guna hp lagi). aku pun salin ler, macam real jer kan....
Balik asrama, aku pun pikiaq pi pikiaq mai, takut la pulak nak tipon orang yang aku tak kenal ni. Tapi disebabkan rasa excited tu melebihi rasa takut aku pun memberanikan diri menelefon orang yang aku tak kenal langsung ni. Nama betul pun aku tak tau.
First time dengar suara..... (kita sambung esok yer!)

1 comment:

Mann Wanie Muhaini (mama_lieya) said...

wah mengulit kenangan lama nampak..
cuba ko try test bukak blog orang lain tengokkk..
bole view gambar tak?
kalau tak boleh try guna internet explorer