WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 11, 2009

Pertama kali dengar suara...

Pertama kali dengar suara memang terkelu sat. orang sana diam , orang sini pun diam. kwang...kwang...kwang... apara punya citer. Kalau dah diam kat public phone tu, baik takyah tipon, buat abis duit ja. ( nasib baik ler cik abg ni org selangor jer, kalau jauh2 aku sure takkan tipon).

So, apa jadi lepas tu cuma sesi berkenalan. Perasaan? Ntah ler. Aku bukannya biasa sangat buat keja tipon anak teruna orang nih. Relaks ja tapi seronok juga dapat tambahkan kenalan.

Start tahun 1999 aku berkenalan kat dalam internet hinggalah tahun 2002, aku dan this guy yang aku panggil 'aerol' ni cuma berbalas email, tipon, antar surat dan berchatting saja. Kami tak pernah jumpa walaupun sekali tapi kami pernah 'bercinta' dan 'putus cinta' dan jadi kawan semula semasa dalam proses perkenalan dan persahabatan kami di alam maya.

Macam cerita hindustan jugak la bila difikir-fikirkan tu. Tapi syok la juga sebab takdak la boring sangat perjalanan hidup aku ni. (iyer lah tu...)

setelah hampir 4 tahun tak pernah jumpa walaupun sekali, aku pun teringin la juga nak tengok macamana la rupa kawan aku sorang ni. Pastu aku pun.... (to be continued)

No comments: