WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 17, 2009

Selepas itu aku pun...

Selepas dah 4 tahun berkawan, berchatting, ber-email, berbalas surat dan bertelefon, so aku pun decide untuk bertukar gambar. At least aku tahu yang orang yang aku selalu bercakap dan berbalas utusan ini adalah orang yang betul, wujud di alam realiti ni.

Dapat jer surat dan gambar.... tak terus tengok. Kami janji akan sama-sama buka surat tu dan tengok wajah masing-masing. Memang nak tergelak kalau ingat balik saat tu. Memang lawak antarabangsa betul ler!!!

Walaupun dah tengok gambar, tapi kami tetap tak jumpa juga. Nak dijadikan cerita, orang pertama yang aku jumpa dan kenal secara live dalam famili dia adalah adik perempuannya, Eli. Sebab? Si Eli ni memang suka layan orang bercakap dan dia ler yang selalu jadi tukang angkat telefon bila aku telefon abangnya. So sementara dok tunggu tu, aku pun borak ler dulu dengan Eli ni.

Satu hari aku and the gang nak kuar makan kat town. Teringat ler pulak si Eli ni. Aku pun ajak-ajak ayam saja pada mulanya tapi kebetulan lak dia pun free. so berjumpalah aku dengan adik si lelaki yang aku selalu hubungi tapi tak pernah jumpa ni. Peramah orangnya si gadis genit ini dan sampai hari ini dia masih Eli yang aku mula-mula kenal dulu walaupun mungkin dia dah dengar banyak cerita-cerita dari orang lain tentang aku namun Eli tetap Eli... masih suka bertanya banyak soalan, masih suka buat muka blur, masih tetap adik yang aku sayang...

Lepas pertemuan aku dan Eli...


(Sambung lagi....)

No comments: