WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 16, 2009

Bila aku teramat rindu padamu....

Bila aku teramat rindu padamu aku cuba memikirkan tentang perkara lain
menyibukkan diriku dengan hal-hal lain
menyatakan pada akalku bahawa aku harus teruskan hidupku
Namun aku selalu berharap apabila aku terlalu rindu padamu
kau akan hadir dihadapanku
memberikan aku senyumanmu
memberikan aku pelukan mesramu
Apabila aku terlalu rindu padamu
kuzahirkan ia dengan kata-kata
walau jiwaku memberontak ingin berada disisimu
saat namamu terucap dibibirku
setiaku masih untukmu
dan dengan izin yang Esa
dan hanya Dia yang tahu apa sebenarnya didalam hatiku
sayangku masih utuh untukmu tidak mungkin akan terbelah-bahagi
Terima kasih kerana memberikan aku ruang dan peluang
membuktikan siapa aku pada diriku sendiri
dan tidak jemu memberikan aku ruang dan peluang
untuk aku mengenali hatiku sendiri
bila rasa rindu padamu bila aku jadi teramat rindu padamu....
dan aku akan terus menghargai perasaan rindu ini...
Terima kasih sayang
untuk rasa dan perasaan ini...
kukunci kukuh di dalam hatiku selamanya....





No comments: