Blog Archive

Thursday, September 10, 2009

KEMERDEKAAN INI HANYA PINJAMAN

Assalammualaikum


Terima kasih... Aku bersyukur padamu Tuhan kerana memberikan bumi yang yang kupijak dan langit yang kujunjung ini sebuah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sudah 52 tahun negara ini manyambut Hari Kebebasan daripada Penjajah setelah 446 tahun terjajah oleh kuasa-kuasa besar dari mula jatuhnya empayar-empayar Tanah Melayu hinggalah kebangkitan Melayu menentang Malayan Union dan tertubuhnya UMNO pada 1946.


Kekuatan bangsa Melayu itulah yag meruntuhkan egois bangsa lain. Kita merdeka dengan tandatangan pada sekeping kertas dan janganlah pula dengan sebaris kata, kita hancurkan kemerdekaan itu.


kawan-kawan,

hari ini kita fikir kita memeiliki kemerdekaan itu tetapi sebenarnya kita hanya meminjamnya daripada anak-anak dan cucu cicit kita. Moyang-moyang kita dulu mencapai kemerdekaan ini dengan keringat, airmata, dikorbankan harta benda, wang ringgit dan segala yang mereka ada untuk memastikan kita dapat hidup dalam suasana pada hari ini. Jangan pula kita terlalu pentingkan diri sendiri, membuat huru-hara hingga nanti anak-anak dan cucu cicit kita pula yang terpaksa menanggung akibatnya daripada kejahilan kita.


Renung-renungkanlah....

No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts