Blog Archive

Monday, September 14, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK DAN RAYA AIDILFITRI

Puasa tahun ni rasa macam sekejap jer kan... walaupun aku rasa sedih sikit sebab cuma beberapa hari jer dapat berbuka bersama-sama dengan suami tersayang tapi aku tetap rasa bersyukur kerana Tuhan berikan aku kesempatan dan peluang untuk sekali lagi menyambut Ramadhan al- Mubarak pada tahun ni. Harap-harap dan aku berdoa Tahun depan, Tuhan perkenankan lagi permintaan aku untuk menyambutnya bersama baby baru aku...

Baju raya, Kuih Raya, Duit Raya, macam-macam lagi raya ler... rasanya tahun ni lain skit sebab aku buat langsir raya. hahaha... bayangkanlah dah 4 tahun aku kawin, inilah pertama kali aku buat langsir untuk raya. itupun langsir aku tak sempat siap sebab adik aku yang jadi tukang jahit sibuk dengan tempahan kuih raya....

cerita pasal kuih raya pulak, adik aku yang ke-3 punya misi baru tahun ni. dia dengan husband dia ambik tapak kat Taman Sena Indah, Perlis untuk jual kuih raya. Oleh kerana nak jadi penyokong, kononnya nak support adik, aku dengan adik no 4 pun buat ler jugak kuih raya antar kat gerai adik no 3 aku ni. dengan harapan untuk mempelbagaikan lagi biskut raya kat gerai dia. ada ler dalam 4 jenis, Chocolate Sprinkles, Biskut Honey Crunch, Biskut Aiskrim dan Biskut Cornflakes.... hehehe... tak tau ler sedap ke idak tapi sedap ler kot....

so sesapa yang baca blog ni dan ada kat Perlis, singgah2lah kat Gerai IMAKHAN ENTERPRISE kat taman Sena Indah kat roundabout Kangar tu yer....

Kalau Baju raya... my baby girl dah ada 4 pasang baju kurung. aku tempah 2 pasang, tok dia bg sepasang, mummy wawa dia bg sepasang... baju aku sepasang jer sebab tgh pregnant kan, tak perlulah tempah baju, pakai baju pregnant jer. my hubby tak beli apapun lagi. taknak beli katanya tai tadi bila dah kena fire dengan aku baru sibuk nak beli. bukan ler 'fire' betul2, marah2 sayang gitu... orang manja ni tak blh kena marah, kena pujuk jer... gitu ler kalau dah kawin dengan bongsu lelaki ni. Sulung jumpa Bongsu...

cerita-cerita pasal raya ni memang syok tapi bulan puasa tetap best... boleh kumpul sama-sama... berbuka bersama-sama... macam-macam makanan pulak tu... moga perginya Ramadhan tahun ni akan tinggalkan seribu kenangan indah buat aku dan famili... Amin...

No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts