WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 29, 2009

SERONOK TAK SERONOKNYA RAYA TAHUN NI...

ALHAMDULILLAH... DAPAT JUGA BERAYA TAHUN NI!!

Apa yang seronoknya beraya tahun ni??
Pertamanya kerana Tuhan berikan saya roh dan jasad untuk merayakannya sekali lagi bersama suami dan anak.
Risau giler masa balik ke Kg Bukit Badong, Ijok, kg suami sebab my hubby memang tak tahan ngantuk kalau bawak keta jauh2 (tapi kekadang tu dekat pun dia boleh menguap mengantuk)...
Risau bila fikir pasal kemalangan maut yang saya dengar, lihat dan baca sepanjang musim perayaan ni.. Hanya mampu berdoa dan berserah kepada yang Maha Kuasa agar perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Keduanya kerana saya boleh terus maintain cool walaupun husband dah agak 'juah' dengan keadaan masa kat Kg. Biasa ler tu, bila dah ramai-ramai, macam-macam ragam dan macam-macam perangai, pelbagai juga idea dan pemikiran. Namun bagi saya, itu tidak menjadi duri pun dalam hidup saya. Hanya satu prinsip saya, tidak guna bermusuhan sesama kita kerana kita ini tiada bezanya di sisi Tuhan. Biaq pi la oghang nak kata apa, yang penting kita tau yang kita di pihak yang benar. Yang lagi penting, terus maintain cool...
ketiganya... terima kasih abang-abang ipar semua... why?? because korang memang best ler... Sori ler tak dapat nak borak panjang-panjang, letih skit musim raya ni. berjalan pi beraya ni betul2 buat saya letih giler. udah ler tgh pregnant ni!

YANG TAK BEST??? Takdenye yang tak best. Semuanya best raya tahun ni.
Sedih skit jer lah sebab tak dapat beraya kat Perlis Tahun ni tapi tahun depan my turn ler pulak.
Doa-doakanlah saya dapat sambung Master ke atau dapat ambik diploma pendidikan. Nak balik keja kat Selangor / Kuala Lumpur ler pulak. Sian husband dok sorang-sorang kat sana. Tak dapat dia tengok anak-anak dia setiap hari... Tolong ler doa2kan yer. Ataupun kalau you all yang baca BLOG saya ni tahu ada keja kosong, kabar2kanlah kat saya di email saya ke kat blog ni ke...

OK LER YER... untuk Ibu mertua, terima kasih kerana sabar dengan saya walaupun mungkin banyak cerita negatif yang mak dengar but mak still steady dari dulu sampai sekarang. I love u ler my mother in law. Buat Ibu saya, terima kasih yang tak terhingga kerana selalu ada disisi saat suka dan suka saya (walaupun kita berdua selalu tak sependapat).
untuk kak Linda, terima kasih layan saya dengan baik. untuk kak Liah, terima kasih bagi saya tumpang bilik kat umah akak. untuk Kak Mah, terima kasih coz masak nasi ayam best punya. Buat yang lain2, saya mohon maaf kalau ada silap dan salah dan terima kasih kerana cuba menerima saya dalam hidup kalian semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

3 comments:

JAIRO said...

selamat hari raya...

Mann Wanie Muhaini (mama_lieya) said...

nak jadi cegu gak ker?

Anonymous said...

selamat hari raya!!!!!!!!!!!
tabahkan hati,kuatkan semangat.semoga dapat baby boy and
dapat rezeki kerja kat sel/kl.



abg ipar
bukit badong.