WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 12, 2009

OPEN HOUSE...

Hari Jumaat lepas my mum buat open house kat umah di Taman Gasing. Oleh sebab saya dah duk serumah so kongsi ler sekali dengan mak.

Meriah macam kenduri kawin. menu lak banyak. Ada nasi dan lauknya: ayam masak ros, jelatah, kacang panjang goreng dengan hati dan pedal, masak lemak nenas dengan ikan talang kering, dan ada bihun goreng singapore, bihun goreng biasa, serawa pisang dan ubi keledek, ketupat dan gulai daging,nasi impit dan kuah kacang, dan of course kuih raya dan pisang sebagai pembasuh mulut.

Terima kasih buat adik2 yang tungkus-lumus bantu open house ni. Kalau org mai depa tanya kenduri apa ni, tak mcm open house pun macam kenduri bertunang, kawin pun boleh ni... Almaklumlah, dah lama tak buat kenduri kat umah. Kira kenduri kesyukuran gak ni. Syukur sebab mak dah kembali sihat dari sakit. setahun lebih sakit, berubat merata tempat dan akhirnya Tuhan makbulkan doa kami, mak kembali sihat dan aktif macam dulu-dulu. berleter kurang sikit dah sekarang ni...

buat kengkawan yang mai, terima kasih banyak2. majlis ni meriah dengan kehadiran kalian semua. Buat kengkawan mak juga, terima kasih kerana kembali menceriakan mak saya. Dia dah lama sebut nak jumpa kengkawan lama dan akhirnya hari ni jadi kenyataan.

Buat adik2, Zirah, Naim, Najwa, Nazri dan Nasriyah,... TERIMA KASIH kerana menjadikan majlis ni satu kenyataan...

Buat semua yang membantu, Terima Kasih Banyak2. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian semua...

P.S...: Buat abg ipar yang rajin jengok blog saya ni, terima kasih...

No comments: