Blog Archive

Friday, February 27, 2009

TERIMA KASIH...

Hari ini aku duduk termenung sendiri. terfikir tentang kisah adik-adik. masing-masing punya hidup sendiri kini. tapi yang tetap tidak berubah adalah adanya aku dalam hidup mereka. dan adanya mereka dalam hidupku.

sesekali bila kami berkumpul bersama, banyak cerita kami luahkan sesama sendiri. bergossip pun ada juga. seronoknya bila dapat bergelak-ketawa seperti masa dulu.

kisah aku?... memang banyak cerita kalau nak dibicarakan di sini. tapi cukuplah kalau aku katakan, aku bersyukur dengan apa yang kumiliki hari ini. walau kadang-kadang aku sesekali rasa seperti tewas dalam segala cabaran dan dugaan tapi aku cuba yakinkan hati agar tetap berada di landasan yang benar. jangan terpesong jauh tinggalkan segala prinsip hidup yang ku pegang erat dari dulu.

dan Syukurlah kerana di saat aku perlukan pertolongan dan bantuan, selalu ada insan yang sudi menghulurkan tangan dan memimpinku keluar dari kegelisahanku.

Terima kasih buat mereka yang pasti mengerti bahawa merekalah yang aku maksudkan disini...

Thursday, February 19, 2009

BERTEMU YB DATO SHAHANIZA SAMSUDDIN



Pertama kali bertentang mata dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Pahang ini saya tidak pernah menyangka betapa ramah dan mesranya wakil rakyat ini. Walaupun kepenatan tetapi senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Petah mengucapkan kata dan siap sedia menjawab segala persoalan yang saya ajukan padanya.

Kebetulannya kami punya persamaan sebagai Ketua Penerangan Puteri. Yang membezakan cuma YB Dato sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia dan kini bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia manakala saya hanya di Bahagian Arau dan tidak bertanding untuk apa-apa jawatan Puteri UMNO Malaysia memandangkan saya masih baru dalam Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Yang menariknya tentang wakil rakyat yang membahasakan dirinya sebagai Kak Sha ini adalah sifatnya yang tidak sombong dengan title yang dimilikinya. Segala soalan dikemukakan ahli meja dijawab tanpa teragak-agak seolah-olah semuanya sudah diagaknya akan diajukan kepadanya.

semoga Yb Dato Shahaniza akan kekal sifatnya seperti yang saya kenali hari itu hingga bila-bila terutamanya kalau beliau menang memegang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Jumpa Lagi...






Wednesday, February 18, 2009

Buat Nurin Arina Shafiqah...


Hari ini saya membawa Nurin, my lovely daughter (3 april ini genap 2 tahun), ke pusat servis kereta di Alor Setar. Lasaknya bukan main. Berlari ke sana-sini. Melihat Nurin hati tersentuh. Alangkah bahagianya dia. tiada apa yang perlu dirisaukannya. Hanya menangis bila dia merasa sakit dan lapar. Sesekali dia menangis bila dia rindukan daddynya.

Hari ini juga saya memikirkan tentang sesuatu, adakah anakku ini akan melalui apa yang dia lalui hari ini pada masa depan? Terlalu jauh mindaku pergi. Tetapi itulah realitinya.

Terlalu banyak kisah riuh-rendah hingga aku takut suasana tidak akan aman lagi. Aku tak ingin generasi depan hidup seperti mereka di bumi Palestin atau seperti di Bosnia dulunya ataupun seperti di Iraq. kesian Umat Islam di sana.
Buat Nurin, mummy selalu mendoakan kebahagiaan buatmu, anakku. kebahagiaan di Dunia dan jua di Akhirat.

Maafkan mummy kerana pisahkan Nurin daripada daddy, tapi apakan daya, rezeki mummy di bumi Perlis dan daddy di Selangor. Insya-Allah, dengan izin Tuhan, kita akan bersama kembali.





Friday, February 13, 2009

GAMBAR KENANGAN KONVOI


GAMBAR 1 : PADANG TELELA (ADUN Pauh dan Pak Long Padzin)
GAMBAR 2 : PADANG SIDING (ADUN PAuh dan Pak Abu Hasan)



GAMBAR 1 : PEMUDA HARAPAN BANGSA
GAMBAR 2 : UNCLE RUGGED YANG CUKUP SPORTING. CAYALAH!



GAMBAR 1 : HARI PENDAFTARAN (TQ Didi - praktikal UUM)
GAMBAR 2 : WANITA PENGGERAK - KAK NORA DAN KAK ANI



GAMBAR 1 : GUAR LEPAI ( AL-FATIHAH UNTUK PAK ABAS)
GAMBAR 2 : ALOR ARA TIMUR (ADUN PAuh dan Pak Husain)


GAMBAR 1 : PANDAI KE CIK HAIDA MASAK TU...
GAMBAR 2 : PIKIAQ PER KAK NORA?...



GAMBAR 1 : SUPERMAN DUN PAUH
GAMBAR 2 : MASTERMIND MASAK-MEMASAK - KAK SHIMAH (ULU PAUH)
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI BUAT:
ADUN PAUH & AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERLIS - YBM DATO SERI DIRAJA SYED RAZLAN IBNI TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL (TUAN CHIK)
*Terima kasih buat semua warga DUN Pauh yang cukup sporting.*



Wednesday, February 11, 2009

SENAMROBIK PUTERI BAHAGIAN ARAU



mai sini nak cerita....

kalau ada masa lapang, mai ler join senamrobik Puteri Umno Bahagian Arau ni.

rancang-rancangnya nak buat setiap minggu kalau ada kelapangan...

minggu ni kat Tambun Tulang...

minggu depan kat DUN lain pulak....


Terima kasih daun keladi,

Jangan lupa sihatkan diri.

Tuesday, February 10, 2009

PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU



PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU
2008- 2011


Pengerusi Tetap
NOORAZLIFA KAMALUDIN

Tim. Pengerusi
RAMZAHILAH RAMLI

Ketua Puteri
AMZIRA BT ABDULLAH

Naib Ketua Puteri
ZURAIDAH ZAINAL ABIDIN

Setiausaha
NORHAIDAH BT AHMAD

Bendahari
HARISON BT ANI

Ketua Penerangan
NASIBAH BT ISMAIL

J/Kuasa Di Pilih

WAN ERNILAILY BINTI WAN OTHMAN
RAMZAHALIZA BINTI MELI
WAN MAZURA MAT DAUD
NORLIZA ISHAK
ASMA BT AHMAD
HASIMAH AHMAD
NURIZA ISA
ZANIAH YAHYA
LAILA MAN
ROSEFAEZAH CHE SABU
MUMAIYIZAH MANSOR
AFFA NORSYAKINA AFFANDI
FIFI HAIZA ABDUL RASHID
NOR SHAHANIZA SHAHDAN
HASTINI HASHAN

TAHNIAH....

Tahniah buat Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Selamat menjalankan tugas.

Konvoi Motor Dun Pauh


















LOKASI : MASJID ALI IMRAN, ULU PAUH.

TARIKH: 30 OGOS 2008

CATITAN : PESERTA KONVOI MEWAKILI KG MASING-MASING DALAM DUN PAUH BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA ADUN PAUH, YBM DATO SERI DIRAJA SYED RAZLAN (TUAN CHIK).

ANJURAN : JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) NEGERI PERLIS, MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN), PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PAUH DAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN ARAU.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA TERUTAMANYA PENDUDUK KG ULU PAUH (KAK SHIMAH & THE GANG), KAK NORA & ABG MAN(PARLIMEN ARAU), PAK OM (PUSAT KHIDMAT ADUN),

SPECIAL THANKS TO CIK NORHAIDAH AHMAD - SUDI JADI PEMANDU SAYA SEBAB SAYA TAK RETI BAWAK MOTOR.. (ESOKNYA DIA SAKIT PINGGANG) - sekarang Norhaidah Ahmad adalah setiausaha Puteri Bahagian Arau.


SELAMAT DATANG... AHLAN WASAHLAN...

ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA...

Selamat Datang ... Ahlan Wasahlan... kepada semua yang sudi melawati blog ini.

salam keamanan buat semua insan di dunia yang menghargai erti sebuah keamanan...

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts