Blog Archive

Monday, May 25, 2009

MY GIRL... SUKA BUAT MIMIK MUKA...

Comel tak along, mummy?...

Ketat ler tudung ni!...

wan, along tak mau ambik gambar...


gigi palsu dah tanggal ler mummy...

iklan colgate...





Friday, May 22, 2009

SEMUA UNTUKMU...



Semua Untukmu


Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarkanlah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu


Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci


Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti


Harapan yang adaTersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu


Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu


Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi


Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2009

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar cikgu/ustaz/ustazah/miss/sir/mr, tugasan yang sama dan misi yang sama cuma panggilan berbeza. Mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan mempunyai masa depan yang gemilang.

Jasamu guru tidak dapat kubalas.... Terima Kasih buat semua guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik saya semasa saya di Sekolah Kebangsaan Bohor Mali, Sekolah Kebangsaan Jejawi, Sekolah Menengah Derma dan seterusnya buat semua pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. JASAMU TETAP KUKENANG!!

Juga ucapan Selamat Hari Guru buat paktam zakariya man (bapa sedara), abang Sahar(abg ipar), Kak Liah(biras), Kak Zuhana(biras), Kak Kana (sepupu) dan Muhaini (sepupu) kerana memilih kerjaya di bidang pendidikan...

Buat cikgu Norma Saad (semasa kat SMD), cikgu Maznah (sekarang kabarnya dah jadi lecturer kat UUM), cikgu Azizan (dulu guru sukan di SKJ tapi sekarang nak cipta rekod dunia berenang), Mrs Wong (guru bahasa Inggeris di SKJ), terima kasih kerana memberikan kenangan indah kepada saya hingga ke hari ini...

BUAT SEMUA GURU DI SELURUH DUNIA... TO ALL TEACHERS IN THE WORLD... SELAMAT HARI GURU... JASA DAN PENGORBANANMU AKAN SELALU DI DALAM HATIKU...



Tuesday, May 12, 2009

HARI LAHIR NURIN KE-2 TAHUN...

SELAMAT HARI LAHIR KE-2 TAHUN ANAK MUMMY... NURIN ARINA SHAFIQAH BINTI SAHRUL LIZAM...

Semoga Hari-Hari Depanmu akan menjanjikan keindahan dan kebahgiaan buat semua insan yang mengenalimu sayang...
Doa mummy akan selalu ada untukmu... Semoga bahagia dunia dan akhirat...

Thanks to Najwa for the surprised party for Nurin. Lambat sikit sambut besday sebab mummy kena outstation. besday Nurin on 3rd April disambut di Kg Bukit Badong, Ijok bersama daddy dan sepupu2nya di sana. Kat Perlis, 14 April 2009 baru dapat buat majlis ringkas. Tapi sayangnya, cousin Nurin, Syamel Zaqwan ler pulak masuk hospital sebab kena alahan yang teruk. Anyway, majlis tetap berjalan macam dirancang...

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG....




















GAMBAR-GAMBAR COMEL









Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam tanggal 10 Mei 2009, seluruh dunia menyambut sambutan hari ibu. Tanda ingatan besarnya jasa seorang ibu. Menghargai seorang insan bergelar ibu, mak, mummy, ibu, umi, bonda, mama pada satu hari yang cukup istimewa.


Sesungguhnya setiap hari dengan kehadiran seorang ibu di sisi adalah hari yang cukup istimewa. Tidak akan dapat dilafazkan dibibir betapa besar jasanya mengandung sembilan bulan sembilan hari, bertarung nyawa melahirkan seorang insan ke atas muka bumi ini dan berkorban masa, tenaga, wang dan keringatnya untuk membesar dan memberikan kehidupan yang baik dan bermakna kepada anak-anaknya.

Tiada hari yang tidak istimewa untuk seorang ibu. Walaupun pada hari yang dianggap istimewa, si ibu tetap menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Melaksanakan rutin kehidupannya tanpa paksa. Dimindanya sudah tertulis apa yang harus dilakukannya tatkala matanya dibuka pada subuh hari dan hanya berakhir apabila matanya terpejam kembali dalam lenanya.

Semalam apabila adik2 membawa kek bersama ucapan Selamat Hari Ibu buat emak, hati saya sedikit tersentuh. Melihat senyuman dibibir mak, hati tertanya... apakah yang dirasakan dalam hatinya saat ini? gembirakah dia? terharukah dia? Yang ada difikiran saya hanyalah, mak pasti tidak akan ralat kerana anak2nya mengingati satu hari yang istimewa buat semua ibu di dunia ini.


Buat emak, Pn Che Jam Bt Man dan juga Ibu Mertua, Pn Mintan bt Rakiman, SELAMAT HARI IBU....

BUAT EMAK, Terima Kasih kerana selalu ada untukku walaupun kadangkala anak ini selalu menyakitkan hatimu tanpa sedar. Terima Kasih kerana sabar melayan karenahku dari kecil sehingga dewasa. Terima kasih kerana mengandungkanku, melahirkanku ke dunia ini dan membesarkan aku. Terima Kasih atas sekalung budimu Mak....

BUAT IBU MERTUA, Terima Kasih kerana selalu menyokong diri ini disaat aku perlukan sokongan, Terima Kasih kerana selalu cuba untuk mengerti, Terima Kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan dan membesarkan seorang insan yang cukup istimewa sebagai pasangan dalam hidupku... Terima Kasih Mak....




BUAT SEMUA IBU DI SELURUH DUNIA... SELAMAT HARI IBU.... SEKUNTUM MAWAR MERAH BUAT INSAN PALING ISTIMEWA....







Tuesday, May 5, 2009

PERNIKAHAN JULIZA JAAFAR PADA 7 MAC 2009











Selamat Pengantin Baru buat Juliza dan Khairul. Semoga Bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. semoga dapat anak dan cucu yang ramai. Dari kak Nas dan famili, jangan kuat merajuk... dah jadi isteri orang yer dik...

KENDURI KAWIN KAK KANA PADA 15 MAC 2009

yang sebelah kanan pengantin tu, Nurin Arina Shafiqah dan
yang sebelah kiri pengantin tu, Syamel Zaqwan Khan.

gambar ni pulak ada tambahan mummy kepada Nurin dan Ibu kepada Syamel.

Pengantin pompuan berposing sementara tunggu pengantin lelaki.

famili sebelah pengantin pompuan

famili sebelah pengantin lelaki

aksi istimewa Nurin untuk pengantin




majlis pernikahan kak kana pada 13 mac 2009









AKSI-AKSI ANAK DARA BERSAMA ADIK-ADIKNYA :















I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts