Blog Archive

Tuesday, September 29, 2009

SERONOK TAK SERONOKNYA RAYA TAHUN NI...

ALHAMDULILLAH... DAPAT JUGA BERAYA TAHUN NI!!

Apa yang seronoknya beraya tahun ni??
Pertamanya kerana Tuhan berikan saya roh dan jasad untuk merayakannya sekali lagi bersama suami dan anak.
Risau giler masa balik ke Kg Bukit Badong, Ijok, kg suami sebab my hubby memang tak tahan ngantuk kalau bawak keta jauh2 (tapi kekadang tu dekat pun dia boleh menguap mengantuk)...
Risau bila fikir pasal kemalangan maut yang saya dengar, lihat dan baca sepanjang musim perayaan ni.. Hanya mampu berdoa dan berserah kepada yang Maha Kuasa agar perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Keduanya kerana saya boleh terus maintain cool walaupun husband dah agak 'juah' dengan keadaan masa kat Kg. Biasa ler tu, bila dah ramai-ramai, macam-macam ragam dan macam-macam perangai, pelbagai juga idea dan pemikiran. Namun bagi saya, itu tidak menjadi duri pun dalam hidup saya. Hanya satu prinsip saya, tidak guna bermusuhan sesama kita kerana kita ini tiada bezanya di sisi Tuhan. Biaq pi la oghang nak kata apa, yang penting kita tau yang kita di pihak yang benar. Yang lagi penting, terus maintain cool...
ketiganya... terima kasih abang-abang ipar semua... why?? because korang memang best ler... Sori ler tak dapat nak borak panjang-panjang, letih skit musim raya ni. berjalan pi beraya ni betul2 buat saya letih giler. udah ler tgh pregnant ni!

YANG TAK BEST??? Takdenye yang tak best. Semuanya best raya tahun ni.
Sedih skit jer lah sebab tak dapat beraya kat Perlis Tahun ni tapi tahun depan my turn ler pulak.
Doa-doakanlah saya dapat sambung Master ke atau dapat ambik diploma pendidikan. Nak balik keja kat Selangor / Kuala Lumpur ler pulak. Sian husband dok sorang-sorang kat sana. Tak dapat dia tengok anak-anak dia setiap hari... Tolong ler doa2kan yer. Ataupun kalau you all yang baca BLOG saya ni tahu ada keja kosong, kabar2kanlah kat saya di email saya ke kat blog ni ke...

OK LER YER... untuk Ibu mertua, terima kasih kerana sabar dengan saya walaupun mungkin banyak cerita negatif yang mak dengar but mak still steady dari dulu sampai sekarang. I love u ler my mother in law. Buat Ibu saya, terima kasih yang tak terhingga kerana selalu ada disisi saat suka dan suka saya (walaupun kita berdua selalu tak sependapat).
untuk kak Linda, terima kasih layan saya dengan baik. untuk kak Liah, terima kasih bagi saya tumpang bilik kat umah akak. untuk Kak Mah, terima kasih coz masak nasi ayam best punya. Buat yang lain2, saya mohon maaf kalau ada silap dan salah dan terima kasih kerana cuba menerima saya dalam hidup kalian semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
BUAT SEMUA YANG MENGENALI
JARI DISUSUN SALAM DIHULUR
TANDA KASIH MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
TANDA PENYAMBUNG SILATURRAHIM

TAHUN NI, SAYA BALIK KE SELANGOR. GILIRAN KELUARGA SUAMI PULA MENERIMA KEHADIRAN KAMI PADA HARI RAYA PERTAMA. LEPAS TU MUNGKIN RAYA KE 3 DAH BALIK KE PERLIS BERAYA DENGAN FAMILI KAT PERLIS LAK. BEGITU LER KALAU DAH KAWIN ORANG JAUH, KENA LER SALING TOLAK ANSUR. KEBETULAN PULAK SUAMI KENA KEJA, TAPI ON CALL JER LAH. MAKNANYA DIA KENA ADA KAT DALAM NEGERI SELANGOR SAJA TAK BOLEH PI JAUH-JAUH.

WALAU APAPUN, HARI RAYA TAHUN NI AKAN DISAMBUT DENGAN FAMILI BARU. 2 HARI LEPAS BIRAS SAYA DAH SELAMAT LAHIRKAN BABY BOY. TAHNIAH KAK LINDA DAN ABG JULIN... DAPAT JUGA BABY BOY. SERONOK LER FARISAH DENGAN FARAH DAPAT ADIK LELAKI. TAHNIAH SEKALI LAGI...

AKHIR KALAM, PENYUDAH BICARA, JADIKANLAH SYAWAL TAHUN INI, SYAWAL PALING INDAH BUAT KITA SEMUA. ASSALAMMUALAIKUM.

Monday, September 14, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK DAN RAYA AIDILFITRI

Puasa tahun ni rasa macam sekejap jer kan... walaupun aku rasa sedih sikit sebab cuma beberapa hari jer dapat berbuka bersama-sama dengan suami tersayang tapi aku tetap rasa bersyukur kerana Tuhan berikan aku kesempatan dan peluang untuk sekali lagi menyambut Ramadhan al- Mubarak pada tahun ni. Harap-harap dan aku berdoa Tahun depan, Tuhan perkenankan lagi permintaan aku untuk menyambutnya bersama baby baru aku...

Baju raya, Kuih Raya, Duit Raya, macam-macam lagi raya ler... rasanya tahun ni lain skit sebab aku buat langsir raya. hahaha... bayangkanlah dah 4 tahun aku kawin, inilah pertama kali aku buat langsir untuk raya. itupun langsir aku tak sempat siap sebab adik aku yang jadi tukang jahit sibuk dengan tempahan kuih raya....

cerita pasal kuih raya pulak, adik aku yang ke-3 punya misi baru tahun ni. dia dengan husband dia ambik tapak kat Taman Sena Indah, Perlis untuk jual kuih raya. Oleh kerana nak jadi penyokong, kononnya nak support adik, aku dengan adik no 4 pun buat ler jugak kuih raya antar kat gerai adik no 3 aku ni. dengan harapan untuk mempelbagaikan lagi biskut raya kat gerai dia. ada ler dalam 4 jenis, Chocolate Sprinkles, Biskut Honey Crunch, Biskut Aiskrim dan Biskut Cornflakes.... hehehe... tak tau ler sedap ke idak tapi sedap ler kot....

so sesapa yang baca blog ni dan ada kat Perlis, singgah2lah kat Gerai IMAKHAN ENTERPRISE kat taman Sena Indah kat roundabout Kangar tu yer....

Kalau Baju raya... my baby girl dah ada 4 pasang baju kurung. aku tempah 2 pasang, tok dia bg sepasang, mummy wawa dia bg sepasang... baju aku sepasang jer sebab tgh pregnant kan, tak perlulah tempah baju, pakai baju pregnant jer. my hubby tak beli apapun lagi. taknak beli katanya tai tadi bila dah kena fire dengan aku baru sibuk nak beli. bukan ler 'fire' betul2, marah2 sayang gitu... orang manja ni tak blh kena marah, kena pujuk jer... gitu ler kalau dah kawin dengan bongsu lelaki ni. Sulung jumpa Bongsu...

cerita-cerita pasal raya ni memang syok tapi bulan puasa tetap best... boleh kumpul sama-sama... berbuka bersama-sama... macam-macam makanan pulak tu... moga perginya Ramadhan tahun ni akan tinggalkan seribu kenangan indah buat aku dan famili... Amin...

Thursday, September 10, 2009

KEMERDEKAAN INI HANYA PINJAMAN

Assalammualaikum


Terima kasih... Aku bersyukur padamu Tuhan kerana memberikan bumi yang yang kupijak dan langit yang kujunjung ini sebuah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sudah 52 tahun negara ini manyambut Hari Kebebasan daripada Penjajah setelah 446 tahun terjajah oleh kuasa-kuasa besar dari mula jatuhnya empayar-empayar Tanah Melayu hinggalah kebangkitan Melayu menentang Malayan Union dan tertubuhnya UMNO pada 1946.


Kekuatan bangsa Melayu itulah yag meruntuhkan egois bangsa lain. Kita merdeka dengan tandatangan pada sekeping kertas dan janganlah pula dengan sebaris kata, kita hancurkan kemerdekaan itu.


kawan-kawan,

hari ini kita fikir kita memeiliki kemerdekaan itu tetapi sebenarnya kita hanya meminjamnya daripada anak-anak dan cucu cicit kita. Moyang-moyang kita dulu mencapai kemerdekaan ini dengan keringat, airmata, dikorbankan harta benda, wang ringgit dan segala yang mereka ada untuk memastikan kita dapat hidup dalam suasana pada hari ini. Jangan pula kita terlalu pentingkan diri sendiri, membuat huru-hara hingga nanti anak-anak dan cucu cicit kita pula yang terpaksa menanggung akibatnya daripada kejahilan kita.


Renung-renungkanlah....

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts