WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 21, 2009

MEMBILANG HARI...

Assalammualaikum...

due date aku 21 bulan november... tak sabar menghitung hari nak deliver this second baby. kalau kata tak risau tu, nampak ler sangat aku ni bohong tapi excited tu mengatasi rasa takut tu. harap2 semuanya selamat. yang paling penting, Tuhan makbulkan doa aku supaya anak aku ini dilahirkan sempurna fizikalnya, cerdas minda dan sihat walafiat tanpa masalah. Amiin.

Monday, October 12, 2009

OPEN HOUSE...

Hari Jumaat lepas my mum buat open house kat umah di Taman Gasing. Oleh sebab saya dah duk serumah so kongsi ler sekali dengan mak.

Meriah macam kenduri kawin. menu lak banyak. Ada nasi dan lauknya: ayam masak ros, jelatah, kacang panjang goreng dengan hati dan pedal, masak lemak nenas dengan ikan talang kering, dan ada bihun goreng singapore, bihun goreng biasa, serawa pisang dan ubi keledek, ketupat dan gulai daging,nasi impit dan kuah kacang, dan of course kuih raya dan pisang sebagai pembasuh mulut.

Terima kasih buat adik2 yang tungkus-lumus bantu open house ni. Kalau org mai depa tanya kenduri apa ni, tak mcm open house pun macam kenduri bertunang, kawin pun boleh ni... Almaklumlah, dah lama tak buat kenduri kat umah. Kira kenduri kesyukuran gak ni. Syukur sebab mak dah kembali sihat dari sakit. setahun lebih sakit, berubat merata tempat dan akhirnya Tuhan makbulkan doa kami, mak kembali sihat dan aktif macam dulu-dulu. berleter kurang sikit dah sekarang ni...

buat kengkawan yang mai, terima kasih banyak2. majlis ni meriah dengan kehadiran kalian semua. Buat kengkawan mak juga, terima kasih kerana kembali menceriakan mak saya. Dia dah lama sebut nak jumpa kengkawan lama dan akhirnya hari ni jadi kenyataan.

Buat adik2, Zirah, Naim, Najwa, Nazri dan Nasriyah,... TERIMA KASIH kerana menjadikan majlis ni satu kenyataan...

Buat semua yang membantu, Terima Kasih Banyak2. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian semua...

P.S...: Buat abg ipar yang rajin jengok blog saya ni, terima kasih...

Friday, October 2, 2009

BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU..

Hari ni sedih sikit tapi macam biasa, I tetap maintain cool... Tapi tak tahu ler berapa lama boleh maintain dengan keadaan perut pun dah makin sarat. Masalah mai bertimpa-timpa. Time-time ni ler aku paling teringat kat husband aku. Bukannya sebab my hubby boleh selesaikan masalah aku tapi sekurang-kurangnya bila my hubby ada kat sisi, aku terasa ada sokongan, tak keseorangan.
Anyway kengkawan, bila teringat balik kata ustaz, Tuhan Maha Adil dan Maha Penyayang dan Tuhan takkan letakkan rasa senang dalam hati Hamba yang disayangiNya kerana seboleh mungkin Dia ingin menguji dulu Hamba yang disayangi Nya.... Alhamdulillah, Moga Kau jadikan aku ini salah seorang Hamba yang disayang oleh Mu Ya Allah, Amin...