Buatmu Ayahandaku
Kuiringi pemergianmu dengan doa kudusku
moga rohmu dicucuri rahmat dariNya
moga tenang dirimu di alam sana
tiada airmata atau raungan
cuma kalimah2 suci dibibirku
agar hidupmu disana dibawah RahmatNYA...
Buatmu Ayahandaku
apapun jua yg terjadi kini
terletak dibahuku
dan aku redha
kuterima dengan tulus
dan permintaanmu yang terakhir
pasti aku tunaikan
walau terpaksa kuharungi segala pahit dan getir...
Buatmu Ayahandaku
terima kasih kerana mengizinkan aku
menghirup udara didunia ini
terima kasih kerana menjadikan aku
setabah ini sekuat ini
Untukmu Ayah
kuiringi pemergian mu
dengan kalimah INNALILLAH
bersama AL-FATIHAH
disulami SURATUL YAASIN
hadiah kami untukmu...
Gantungkanlah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP
i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020 https:...
Popular Posts
-
Ada ke orang kat dalam dunia ni yang tak sukakan benda free??.. hehe.. Saya kongsikan dengan anda link untuk anda dapatkan pelbagai sa...
-
Hari ini saya membawa Nurin, my lovely daughter (3 april ini genap 2 tahun), ke pusat servis kereta di Alor Setar. Lasaknya bukan main. Berl...
-
mummy, tengoklah along main air... syoknya! hish bola ni, lari pulak... Dah dapat pun tangkap... nak lari ke mana! kita main atas pasir le...
3 comments:
takziah aku ucapkan.. alfatihah tu allahyarham.. semoga roh dicucuri rahmat...
takziah....semoga roh nye ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman... jangan lupa sedekahkan al-fatihah tiap kali lepas solat.....amin...
Terima kasih atas ucapan takziah dan doa yang diberikan kepada allahyarham ayahanda saya. Dah 9 tahun berlalu namun masih terasa macam semalam ayah masih ada disisi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan Husnul Khotimah. Aamin.
Post a Comment