WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 25, 2010

AKU DAN DIA...

ASSALAMMUALAIKUM

Buat dia yang kusayang...yang selalu kurindui...selalu ada dihatiku...

Buatmu suami tercinta, maafkan aku kerana berada jauh dari sisimu walaupun aku tahu tempatku adalah sebaik-baiknya disisimu selalu...

Kerana beban yang kau tanggung ingin kukongsi bersama maka aku pasrahkan diriku menerima kejauhan ini sebagai ujian hubungan kita...walau jauh namun jiwaku selalu dekat padamu.
Jangan pernah ada dihatimu rasa curiga kerana selagi Tuhan mengizinkan nyawaku bersama jasadku maka hatiku jua akan bersama denganmu...

jangan pernah ada gusar dihatimu kerana selagi Tuhan mengizinkan kasihmu hanya padaku maka kesetiaanku tulus hanya untukmu...

Selagi 'akad ini masih dipegang teguh maka aku akan bersamamu meniti perjalanan ini saat suka dan duka bersama dua puteri permata hati kita berdua...

Buatmu suamiku,

jangan pernah lafazkan kata benci kerana sayangku hanya untukmu...

No comments: