WEDDING ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 15, 2010

15 OGOS DATANG LAGI...

ASSALAMMUALAIKUM

15 OGOS DATANG LAGI
KALI INI DI RAMADHAN AL MUBARAK
TIADA MAJLIS TIADA ACARA
HANYA UCAPAN DAN DOA
ITULAH YANG PALING AKU PERLUKAN

15 OGOS DATANG LAGI
GENAP 31 TAHUN
AKU MENGHIRUP UDARA
DARI JASAD YANG BERNYAWA
YG DIPINJAMKAN ILAHI KEPADAKU

15 OGOS DATANG LAGI
SYUKURKU DIBIBIR JUA AMALIKU
WALAU INSAN KUSAYANG BERADA JAUH
NAMUN TETAP DEKAT DIHATIKU DIJIWAKU
KERANA INGATANNYA TAK PERNAH LUPUT
DARIKU UNTUKNYA DAN DARINYA PADAKU

15 OGOS DATANG LAGI TAHUN INI
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA AKU MASIH BISA BERNAFAS
MASIH DAPAT MENDAKAP ERAT ANAKANDAKU
MASIH DAPAT BERADA DISISI SUAMIKU
MASIH DAPAT BERSAMA SEMUA YANG KUSAYANG
DAN SEMUA YANG MENYAYANGIKU...

KALIMAH AWAL DAN AKHIRKU
HANYA PADANYA TUHAN MAHA KUASA
ALHAMDULILLAH...

No comments: