Blog Archive

Sunday, December 13, 2020

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

 

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19


Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020 https://isinar.kwsp.gov.my/ 


Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:


Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.


Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-   turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.


Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.


Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.



Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.


Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.


Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.


Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:


  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.


Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.


Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula.


Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.



Wednesday, December 2, 2020

99 KATA-KATA HIKMAH/MOTIVASI DIRI

 



1) Ketika masalah datang menghampirimu, jangan berharap ia akan mudah, namun berharaplah bahawa ia akan membuatmu dewasa.

2) Maafkan diri sendiri sebelum memaafkan orang lain. Mereka yang tak mampu memaafkan diri sendiri, tak akan bisa mampu untuk memaafkan orang lain.

3) Jangan menunggu orang lain memaafkanmu baru kau mahu memperbaiki diri. Perbaikilah dirimu, maka orang akan memaafkanmu.

4) Sahabat adalah mereka yg mungkin tak bersamamu ketika kamu berjaya, namun mereka pastinya adalah orang yang akan tetap bersamamu ketika kamu jatuh.

5) Tuhan tidak pernah menjanjikan bahawa langit akan selalu biru, bunga akan selalu mekar, dan mentari sepanjang hari akan selalu bersinar. Tetapi yang perlu kamu tahu bahawa Tuhan akan selalu memberikan pelangi setelah badai berlalu, tawa dari setiap air mata, berkah dalam setiap cubaan dan jawapan dari setiap doa yang telah kamu panjatkan.

6) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.




10) Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

11) Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

12) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

13) Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan memberinya ganti yang lebih baik.(HR.Ahmad)

14) Hari ini waktunya beramal tanpa perhitungan. Sdg di akhirat nanti waktunya perhitungan & tak ada lagi amal perbuatan. ~Ali bin Abi Thalib~

15) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

16) Hiduplah seperti pelita yang menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

17) Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.

18) Esok pasti ada, namun esok belum pasti untuk kita. Maka selalulah beringat untuk menghadapi esok yang bakal mendatang.

19) Belajar dari kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana.



21) Berhati-hati dalam berbicara kerana sebuah kata MAAF belum tentu mampu menyembuhkan LUKA yang ada.

22) Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

23) Semua kejayaan bermula dengan percubaan. Jika anda tidak berani mencuba maka anda pastinya tidak akan bertemu dengan kejayaan.

24) Sebaik-baik perkataan itu adalah yang sedikit tetapi memberikan kejelasan.

25) Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya ( Saidina Ali bin Abi talib)

26) Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.




28) Lelaki yang HEBAT bukanlah lelaki yang berjaya MENGGODA ramai wanita jelita tetapi yang berjaya MENOLAK wanita jelita yang menggodanya melakukan MAKSIAT (Ustaz Azhar Idrus)

29) Jangan hina permulaan seseorang kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya.

30) Tindakan yang paling berisiko adalah tidak mengambil sebarang risiko.

31) Tidak ada ertinya ISLAM tanpa JEMAAH, dan tidak ada ertinya jemaah tanpa PEMIMPIN, dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa KETAATAN. (Sayyidina Umar R.A)

32) Aku tak punya waktu untuk membenci orang yang membenciku kerana aku terlalu sibuk mencintai mereka yang mencintaiku.

33) Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya memerlukan seribu macam pengorbanan.

34) MASALAH bukanlah tanda untuk berhenti. Ianya adalah PETUNJUK.




36)  "Aku mencari segala bentuk REZEKI tetapi aku tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR" (Umar Bin Khattab)

37) Tak perlu seseorang yang sempurna, cukup temukan orang yang selalu membuatmu bahagia dan membuatmu berarti lebih dari siapapun (B.J Habibie)

38) Disebalik perkataan ISTIQOMAH, ada perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak dan doa yang tidak pernah berhenti.

39) Harta yang paling berharga adalah keluarga.

40) Marahnya orang yang mulia bisa terlihat dari sikapnya, dan marahnya orang yang bodoh terlihat dari ucapan lisannya (Imam Syafie)

41) Jangan kamu merasakan kesunyian di saat melalui jalan kebenaran kerana sedikitnya orang yang melalui jalan itu (Sayyidina Ali)

42) Jika ada yang membicarakan kekuranganmu maka TERSENYUMLAH. Kekuranganmu sahaja bisa membuatkan mereka memberikan perhatian apatah lagi kelebihanmu.



44) BAHAGIA bukan milik orang yang hebat dalam segalanya tetapi milik orang yang mampu menemui hal yang sederhana dalam hidupnya dan tetap bersyukur.

45) MUTIARA akan tetap indah walaupun di kubangan pasir mahupun lumpur sekalipun.

46) Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.

47) Menerima kenyataan hidup adalah sebahagian dari cara kita untuk tetap bertahan hidup.

48) Kebahagiaan adalah ketika seseorang mampu menguasai nafsunya sementara kesengsaraan adalah ketika seseorang dikuasai oleh nafsunya.

49) Untuk mendapatkan apa yang kamu SUKA, pertama kamu mesti SABAR dengan apa yang kamu BENCI (Imam al-Ghazali)

50) Orang yang LUAR BIASA itu, sederhana dalam ucapan tetapi hebat dalam tindakan.




52) Ada saatnya kita harus bertindak, ada saatnya kita harus diam dan menunggu.

53) BERFIKIR sebelum bertindak akan memberikan hasil yang berbeza dengan bertindak kemudian berfikir.

54) Apa gunanya MATA jika kau menilai seseorang hanya dengan menggunakan TELINGA?

55) Jadilah seperti AIR PUTIH, walaupun tidak mewah namun sangat bererti bagi kehidupan.

56) Tinggalkan pemikiran yang membuat lemah, dan peganglah pemikiran yang memberi kekuatan kepadamu.

57) Mereka bilang impian saya terlalu besar, saya bilang mereka berfikir terlalu kecil.




59) Kita tidak akan mungkin bisa menyamakan kopi dan air tebu, sesempurna manapun kopi yang dibuat, kopi tetap kopi, punya sisi pahit yang mungkin dapat kamu sembunyikan.

60) Cinta adalah perbuatan. Kata-kata dan tulisan indah adalah omong kosong.

61) Bukan kebahgiaan yang membuat kita bersyukur, tetapi "SYUKUR" lah yang membuat kita bahagia.

62) Orang yang lemah tidak mampu memaafkan. Memaafkan adalah ciri orang yang kuat. (Mahatma Gandhi)

63) Mana satu yang kamu pilih? 'Menjadi yang terbaik' atau 'menjadi lebih baik' ?

64) Keistimewaan dari sebuah kehidupan adalah menjadi dirimu sendiri.

65) Biarlah orang lain meremehkanmu tetapi jangan biarkan dirimu meremehkan diri sendiri.

66) Setiap pertemuan akan melahirkan perpisahan. Tapi jangan hilangkan apa yang telah menjadi kenangan.




68) Untuk menangani diri sendiri, gunakanlah fikiranmu. Untuk menangani orang lain, gunakan hatimu.

69) Orang yang pandai tak semestinya berjaya. Tapi orang yang rajin dan sabar, pasti berjaya.

70) Allah tidak membenci orang MALAS tetapi Allah mengizinkan orang RAJIN untuk mengambil rezeki orang malas.

71) Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi.

72) Setiap orang mempunyai potensi yang besar dan boleh berjaya, masalahnya ramai yang tidak percaya pada diri sendiri.





74) Kejayaan terbesar kita bukanlah kerana kita tak pernah gagal, tetapi kerana kita berjaya bangkit kembali setiap kali gagal.

75) Kapal tidak tenggelam disebabkan oleh air yang ada di luar. Kapal tenggelam disebabkan oleh air yang masuk ke dalamnya. Jangan biarkan perkara luar menjatuhkan anda.

76) Kegagalan bukan pada bila kita jatuh tetapi bila kita tidak mahu bangun - Irfan Khairi.

77)  Hidup anda tidak menjadi lebih baik secara kebetulan, ia menjadi lebih baik dengan perubahan.




78) JADILAH ORANG yang tetap sejuk di tempat panas, tetap manis di tempat yang begitu pahit, tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar dan tetap tenang di tengah badai yang paling hebat.

79) Kamu hanya hidup sekali, tetapi jika kamu lakukannya dengan betul, sekali pun sudah mencukupi.

80) KEJAYAAN itu tercipta hasil dari kegagalan. Jangan kecewa jika GAGAL kerana kegagalan itu adalah PERMULAAN untuk menempuh kejayaan.

81) “Barangsiapa ingin mutiara, harus berani terjun di lautan yang dalam.” - Bung Karno

82) Aku mencintaimu bukan karena siapa kamu, tapi kerana siapa aku saat berada disampingmu. - Roy Croft





84) “Pada saat komputer mulai bisa berfikir seperti manusia, itu bukanlah sebuah ancaman yang nyata, tetapi ancaman tersebut terjadi pada saat manusia mulai berfikir seperti komputer.” -Sydney Harris.

85) Sebagian besar dari manusia tidak pernah mensyukuri apa yang sudah dimiliki, sebaliknya selalu menyesali apa yang belum tercapai.

86) “Apabila sesuatu hal yang kau senangi ternyata tidak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi padamu.” - Ali bin Abi Talib.

87) Anda tidak akan pernah bahagia jika Anda terus mencari apa yang membuat bahagia. Anda tidak akan pernah hidup jika Anda mencari arti kata hidup.

88) Rumahtangga ialah ladang pahala bagi setiap orang yang mahu bersabar dengan pasangannya.

89) Tak perlu kembali ke masa lalu, cukup toleh sesekali untuk belajar darinya.






91) Jangan pernah jatuh cinta apabila anda takut patah hati, jangan pernah Anda bermimpi ingin berjaya jika anda takut akan kegagalan.

92) Setiap orang pasti akan mati, namun tidak semua orang benar-benar hidup.

93) Aku tidak takut dengan seseorang yang belajar 10.000 tendangan, aku hanya takut terhadap seseorang yang mempelajari satu tendangan sebanyak 10.000 kali.

94) Jangan tangisi masa lalumu yang tidak akan pernah kembali, jangan dirisaukan masa depanmu yang belum tentu terjadi, hiduplah di masa kini serta jadikan ia indah.

95) Gunakan syukur ketika kamu dicintai, dan gunakan sabar ketika kamu dibenci. Jangan ada sesal, jangan ada sebal.






97) Orang yang kuat sekalipun masih perlu menangis untuk sejenak kemudian mengisi kembali kekuatannya.

98) Jangan menjadi buih di lautan yang bergerak ke sana ke mari dipermainkan gelombang tetapi jadilah angin yang mampu meniupkan semua yang ada di hadapannya ke arah mana yang dia sukai.

99) Jangan pernah menyesali apa yang telah terjadi dalam hidup kita. Ia tidak dapat diubah, dibatalkan, atau dilupakan. Anggaplah ia sebagai pelajaran, dan teruskanlah hidup.






I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts