Blog Archive

Wednesday, June 17, 2020

COVID19 - UJIAN BUAT SEMUA

Assalammualaikum 

Sudah agak lama tidak menulis di blog ini. Sekali lagi kerana masalah untuk sign in ke dashboard tetapi akhirnya berjaya juga diselesaikan.

Dari Musim PKP - Perintah Kawalan Pergerakan, PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hinggalah PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Rakyat Malaysia boleh dikatakan sebahagian besarnya memilih untuk mengikut segala peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang mungkin terlepas pandang isu semasa atau sengaja tak mahu ambil tahu tentang bahayanya virus yang tak mengenal mangsa ini. Well..itulah manusia, rambut mungkin sama hitam tapi hati tetap lain-lain.


Iya... kita juga terpaksa berdepan dengan rasa sangsi tentang kemampuan Perdana Menteri yang baru dilantik dan kerajaan baru yang ditubuhkan, namun salute untuk semua Rakyat Malaysia yang bijak memilih keutamaan yang wajib diletakkan di tempat PERTAMA adalah memerangi COVID19 dan bukannya berdondang sayang dengan isu politik Malaysia. 

Sedih...kerana dikabarkan sudahpun ada kes COVID19 di Malaysia pada JANUARI 2020 walaupun waktu itu ia hanya dikenali sebagai Corona sahaja belum dapat nama khas lagi tetapi Kerajaan waktu itu bersikap endah tak endah dan memperlekehkan kerisauan rakyat Malaysia. Ermmm..mereka masih membuka pintu pelancongan kepada pelancong dari China dan negara-negara lain. Apo nak dikata!!


Terima kasih mantan Perdana Menteri kerana meletakkan jawatan dan memberikan ruang kepada "Abah", "Pak Long" dan "Pak Ngah" yang telah berjaya menangani virus COVID19 ini sehingga Malaysia menjadi antara negara paling selamat di dunia sekarang ini. Terima kasih juga kepada semua kepimpinan baru dilantik yang berjaya membuktikan bahawa barisan kepimpinan yang baru inilah yang selayaknya menerajui negara. Menjunjung Kasih DYMM YDPA. Daulat Tuanku!










COVID19 adalah ujian getir buat semua. Ujian yang harus kita tanggung bersama. Disaat kita punya makanan secukupnya di rumah mungkin ada jiran yang sedang mencatu makanan seharian kerana takut nanti tiada lagi bekalan di rumah. Saat kita merasa selamat kerana setiap bulan dapat gaji mungkin ramai yang sedang bersedih kerana sudah diberhentikan kerja dan tiada sumber pendapatan bulanan lagi. 

Setiap orang ada kisah dan ada masalah masing-masing. Ujian tetap ujian dan wajib dilalui dengan hati yang kental dan sabar. Yakin pada usaha dan doa yang berterusan. Insha Allah kita semua mampu menghadapi ujian ini dan memenangi perlawanan ini. Aamiin.

 





No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts