Blog Archive

Sunday, October 20, 2019

FB LEGACY - APAKAH YANG TERJADI KEPADA AKAUN FACEBOOK ANDA BILA ANDA MENINGGAL DUNIA??



Tahukah Anda Bahawa Akaun FB Anda 
Boleh Diwariskan atau Diwasiatkan??



Pada masa kini, boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai akaun di media sosial samada akaun Facebook, Instagram atau Twitter. Tahukah anda bahawa akaun facebook anda boleh diwariskan kepada pemegang amanah yang anda telah pilih sekarang untuk menguruskan akaun anda setelah anda meninggal dunia nanti??

Ya, Betul. Dengan setting yang hanya mengambil masa tak sampai pun 5 minit, anda sudah boleh menetapkan "Legacy Contact" anda iaitu seseorang atau beberapa orang untuk menguruskan akaun FB anda setelah ketiadaan anda. Caranya sangat mudah dan boleh diikuti melalui panduan bergambar seperti di bawah ini. Namun begitu, wasiat ini hanya boleh dibuat oleh pemilik akaun FB berumur 18 tahun ke atas sahaja.


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TETAPAN FACEBOOK LEGACY CONTACT


















































10) Anda akan dibawa ke General account SettingsLihat pada menu Memorialization SettingsDi sini anda boleh set Your Legacy Contact.




11) Taip sahaja nama FB Friends yang anda mahu wariskan akaun FB anda kepadanya nanti. Selepas Taip dan Pilih nama contact di kotak "Choose a friend", click Add.





12) Satu message box akan muncul dan anda cuma perlu click Send. Anda juga boleh edit messsage yang ditulis dalam kotak tersebut sebelum ianya dihantar kepada contact yang anda pilih tadi.




13) Apabila message itu berjaya dihantar maka anda telahpun berjaya mewasiatkan FB akaun anda. Legacy Contact anda hanya boleh menguruskan akaun anda setelah anda meninggal dunia.




14)  Data Archive Permissions - Click pada kotak jika anda membenarkan Legacy Contact anda untuk download gambar, videos dan posts yang anda telah share di wall anda sebelum anda meninggal dunia. Click Close bila anda sudah selesai.

15) Anda juga boleh membuat permohonan kepada Admin FB untuk memadamkan akaun peribadi anda setelah anda meninggal dunia. Click pada "Request that your account be deleted after you pass away".




16) Click kotak Delete After Death jika anda bersetuju dengan paparan yang diberikan atau kotak Cancel jika anda mahu menyerahkan akaun FB peribadi anda diuruskan oleh pemegang amanah atau Legacy Contact anda.





NOTA UNTUK LEGACY CONTACT

Sekiranya anda adalah Legacy Contact kepada pemilik akaun Facebook peribadi yang telah meninggal dunia:

1) Maklumkan kepada admin Facebook bahawa pemilik akaun FB tersebut sudah meninggal dunia.

2) Anda juga boleh pin a tribute post di akaun pemilik akaun FB tersebut untuk makluman kepada FB Friends beliau bahawa pemilik akaun FB berkenaan sudah meninggal dunia. Post ini akan kekal di bahagian atas akaun FB tersebut.

3) Anda TIDAK DIBERI KEBENARAN untuk :
    
    (i)    Log masuk akaun pemilik akaun FB
    (ii)   Membaca Message di dalam messengers.
    (iii)  Remove FB friends atau membuat request FB Friends.

Penerangan lebih lanjut dan lengkap anda boleh click pada setiap soalan yang disediakan pihak FB seperti dalam gambar 1 di atas sekali. 





P.S: Jangan lupa FOLLOW FB akaun saya, click DISINI

No comments:

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts