Blog Archive

Sunday, October 20, 2019

FB LEGACY - APAKAH YANG TERJADI KEPADA AKAUN FACEBOOK ANDA BILA ANDA MENINGGAL DUNIA??



Tahukah Anda Bahawa Akaun FB Anda 
Boleh Diwariskan atau Diwasiatkan??



Pada masa kini, boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai akaun di media sosial samada akaun Facebook, Instagram atau Twitter. Tahukah anda bahawa akaun facebook anda boleh diwariskan kepada pemegang amanah yang anda telah pilih sekarang untuk menguruskan akaun anda setelah anda meninggal dunia nanti??

Ya, Betul. Dengan setting yang hanya mengambil masa tak sampai pun 5 minit, anda sudah boleh menetapkan "Legacy Contact" anda iaitu seseorang atau beberapa orang untuk menguruskan akaun FB anda setelah ketiadaan anda. Caranya sangat mudah dan boleh diikuti melalui panduan bergambar seperti di bawah ini. Namun begitu, wasiat ini hanya boleh dibuat oleh pemilik akaun FB berumur 18 tahun ke atas sahaja.


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TETAPAN FACEBOOK LEGACY CONTACT


















































10) Anda akan dibawa ke General account SettingsLihat pada menu Memorialization SettingsDi sini anda boleh set Your Legacy Contact.




11) Taip sahaja nama FB Friends yang anda mahu wariskan akaun FB anda kepadanya nanti. Selepas Taip dan Pilih nama contact di kotak "Choose a friend", click Add.





12) Satu message box akan muncul dan anda cuma perlu click Send. Anda juga boleh edit messsage yang ditulis dalam kotak tersebut sebelum ianya dihantar kepada contact yang anda pilih tadi.




13) Apabila message itu berjaya dihantar maka anda telahpun berjaya mewasiatkan FB akaun anda. Legacy Contact anda hanya boleh menguruskan akaun anda setelah anda meninggal dunia.




14)  Data Archive Permissions - Click pada kotak jika anda membenarkan Legacy Contact anda untuk download gambar, videos dan posts yang anda telah share di wall anda sebelum anda meninggal dunia. Click Close bila anda sudah selesai.

15) Anda juga boleh membuat permohonan kepada Admin FB untuk memadamkan akaun peribadi anda setelah anda meninggal dunia. Click pada "Request that your account be deleted after you pass away".




16) Click kotak Delete After Death jika anda bersetuju dengan paparan yang diberikan atau kotak Cancel jika anda mahu menyerahkan akaun FB peribadi anda diuruskan oleh pemegang amanah atau Legacy Contact anda.





NOTA UNTUK LEGACY CONTACT

Sekiranya anda adalah Legacy Contact kepada pemilik akaun Facebook peribadi yang telah meninggal dunia:

1) Maklumkan kepada admin Facebook bahawa pemilik akaun FB tersebut sudah meninggal dunia.

2) Anda juga boleh pin a tribute post di akaun pemilik akaun FB tersebut untuk makluman kepada FB Friends beliau bahawa pemilik akaun FB berkenaan sudah meninggal dunia. Post ini akan kekal di bahagian atas akaun FB tersebut.

3) Anda TIDAK DIBERI KEBENARAN untuk :
    
    (i)    Log masuk akaun pemilik akaun FB
    (ii)   Membaca Message di dalam messengers.
    (iii)  Remove FB friends atau membuat request FB Friends.

Penerangan lebih lanjut dan lengkap anda boleh click pada setiap soalan yang disediakan pihak FB seperti dalam gambar 1 di atas sekali. 





P.S: Jangan lupa FOLLOW FB akaun saya, click DISINI

Thursday, October 17, 2019

Buat Sendiri MInuman Detoks Organik Di Rumah Untuk Dapatkan Kulit Sihat



Minuman Detoks Organik Untuk Penjagaan Kulit Sihat



Ianya pasti hebat untuk mempunyai produk penjagaan kulit kecantikan terkini dan trendi untuk kulit berseri, tetapi ianya pasti melibatkan kos yang tinggi. Jika anda menginginkan kulit yang licin dan sihat, anda mesti merawat tubuh anda dari dalam dan bukan sekadar menitikberatkan bahagian luaran sahaja. 


Apa yang kita masukkan ke dalam badan kita dan bagaimana kita hidup memainkan peranan yang besar dalam kecantikan semula jadi kita.


Dan dengan minum air detoks adalah cara yang berkesan untuk membersihkan tubuh anda dan mendapatkan kulit yang cantik. Tetapi air minuman sahaja adalah vanila biasa, jadi mengapa tidak menambah beberapa buah-buahan organik yang lazat dan sayur-sayuran organik ke dalam segelas air anda!


Ia adalah cara yang ideal dan sihat untuk menghilangkan toksin, mengekalkan kulit terhidrasi dan membekalkan nutrien harian yang diperlukan untuk kulit yang bercahaya. Ini adalah idea penjagaan kulit yang mudah dan senang untuk dibuat di rumah sahaja.


Berikut ialah 3 air detoks penjagaan kulit organik mudah ::

 1. Air Detoks Timun, Lemon Dan Mint


Apa yang anda perlukan adalah air ditapis (12 cawan), 1 biji timun organik, lemon organik (2-3 biji bersaiz kecil), daun pudina organik (10 hingga 12 helai).

Untuk minum dengan cara yang sihat, pastikan bahan dibasuh, dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam periuk. Cuma tambah air yang ditapis, dan dinginkannya di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.

2. Air Detoks Lemon, Strawberry, Apple, Pudina, dan Cinnamon

Bahan-bahan: Air (1 - 2 liter), Lemon Organik (1 biji), Strawberi Organik (5 biji  yang dihiris), Apple (1 biji dan dihiris), Daun Pudina Organik (segenggam), Cinammon/Kulit Kayu Manis (1 sudu teh).


Untuk meminumnya, tambahkan bahan di atas ke dalam jag dan kemudian masukkan pudina dan cinammon anda sebagai hiasan!



3. Air Detoks Strawberry dan Kiwi

Tiga bahan mudah sahaja - Buah Kiwi Organik (2 biji), Strawberi Organik (6 biji dan dihiris), Air sejuk yang ditapis (setengah galon).

Untuk meminumnya, campurkan 3 bahan di atas dan biarkan jag di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum anda minum air detoks berperisa.


 Kaedah di atas adalah perlu untuk kecantikan semulajadi kerana ia membersihkan badan daripada toksin dan jika anda minum air detoks yang dipenuhi dengan buah-buahan organik yang enak dan sayur-sayuran organik, anda berada dalam perjalanan mendapat kulit yang sempurna. 


Walau bagaimanapun, jangan berhenti menggunakan produk penjagaan kulit pada kulit anda. Pertimbangkan produk penjagaan kulit semulajadi yang terdiri daripada bahan-bahan semulajadi untuk melengkapi minuman air detoks harian anda.


Selamat Mencuba!!!


Sunday, September 15, 2019

Siapa Kata Perempuan Cerewet..BUKANLAH!! Perempuan ni TELITI sebenarnya...!



PEREMPUAN NI TELITI SEBENARNYA, BUKAN CEREWET...😆😆😆
.
.
Ada benarnya juga..tapi klau complicated sangat or particular sangat, jenuh jugaklah nak 

bertahan, yer tak??.. Sambil-sambil mendengar dan ketawa tu, jgn lupa mesej yg cuba nak 

disampaikan dalam ceramah ni yer.. ðŸ˜‰ðŸ˜‰ðŸ˜‰









Friday, September 13, 2019

RAJA PERMAISURI AGONG BERKONGSI KISAH LUCU BAGINDA


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Ikuti kisah-kisah lucu yang Raja Permaisuri Agong kongsikan bersama rakyat jelata.

Jom Layan Video ni....

.
.













Tuesday, September 10, 2019

8 PETUA AWET MUDA CARA ISLAM


8 petua awet muda mengikut cara Islam :



#1 : Urut wajah sambil berselawat  

Petua awet muda pertama ialah bangun saja dari tidur, jangan mandi dan gosok gigi dulu tapi  terus saja anda urut wajah dengan air bermula dari dagu hingga ke atas dahi.
Ia harus disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Buat setiap hari supaya wajah anda bersih, suci dan naik seri. 

#2: Minum air dan selawat sebelum berus gigi

Anda tahu tak air liur mempunyai enzim yang baik untuk kesihatan? Jadi sejurus saja bangun tidur, sebelum mandi dan gosok gigi.
Minum air kosong dan biarkan ia dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, telan air itu. Banyak manfaatnya tau. Cubalah kalau nak tahu! 

#3: Tanam kuku atau rambut 

Kita biasanya kalau potong kuku terus saja campak ke tong sampah begitu juga dengan rambut yang gugur. Tapi sebenarnya petua awet muda ini anda harus memotong kuku pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Kemudian bila sudah potong kuku atau rambut gugur, tanamkannya. 

#4 Selawat ke tapak tangan dan sapu ke muka 

Petua awet muda yang seterusnya ialah masa anda mekap dan berdandan depan cermin, adalah lebih elok bacakan selawat Nabi ke atas kedua-dua tapak tangan dan sapu ke muka.
Kemudian niat dalam hati untuk berwajah indah seperti Nabi Yusuf. InsyAllah, amalkan selalu tau, jangan buat-buat lupa!

#5: Baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk 

Banyak sebenarnya manfaat surah Nabi Yusuf kerana beliau mempunyai budi pekerti yang baik selain seorang Nabi yang mempunyai wajah kacak dan manis. Sebab itu Zulaikha jatuh cinta selepas melihat wajah kacak Nabi Yusuf. 
Jadi selepas bersolat, anda amalkan baca suruh Yusuf. Kalau rasa tak boleh nak habiskan satu surah sehari, bacalah sekurangnya satu muka surat sehari.
Kemudian teguk air suam sebanyak 3 kali . Dengan petua awet muda ini wajah akan kembali muda dari usia sebenar.
Wah, memang perlu cuba ini! 

#6: Baca sural Al-Waqiah 

Buka halaman Surah Al-Waqiah ayat 35-38. Kemudian hafal surah ini dan amalkan tiap kali anda nak mandi. Ia perlu dimulakan dengan curahan pertama dari atas kepala. 


#7: Mandi embun 

Petua awet muda menurut Islam seterusnya ialah anda harus mandi berembun. Maksudnya mandi pagi ketika nak solat Subuh.
Ambil daun berembun dan usap perlahan pada wajah, tubuh dan kepala. Ia dikatakan mampu membuatkan wajah kembali bersinar dan kelihatan ceria. 

#8: Urut wajah selepas bangun tidur 


Biasanya kita bila bagun tidur terus pegang handphone kan? Adalah lebih baik anda mengurut wajah dahulu.
Caranya, gunakan jari telunjuk dan letakkan di dagu. Kemudian jari ke pipi, hidung dan atas dahi. Selepas berurut, minum air suam sebelum anda bersarapan. 
Selamat mencuba! 

SUMBER : TheAsianParent Malaysia

Nota kaki:
*Nak tahu rahsia menjadi menjadikan SUAMI TUNGGUL kepada SUAMI UNGGUL, click PANDUAN MENANGANI SUAMI BERMASALAH 
*Buat yang masih 'single' atau dah ada seseorang tapi masih malu-malu, tips ini PASTI BERBALOI untuk anda, click CARA HALUS MEMIKAT LELAKI IDAMAN ANDA 


Tuesday, August 27, 2019

FREE SAMPLE MALAYSIA (DAPATKAN SAMPLE PERCUMA SEBELUM ANDA BELI)



Ada ke orang kat dalam dunia ni yang tak sukakan benda free??.. hehe.. Saya kongsikan dengan anda link untuk anda dapatkan pelbagai sampel percuma produk di Malaysia yang anda boleh daftar, berikan nama dan alamat penuh anda untuk syarikat-syarikat pengeluar produk ini menghantar sample percuma terus ke depan pintu rumah anda.

Bagi mereka yang akan dapat baby atau berniat nak tukar susu untuk bayi atau anak anda, better minta free sample dulu. kalau beli satu tin, dibuatnya anak tak sesuai dengan jenama susu tersebut, kan dah rugi duit dan masa!! 

Ada di antara produk ini yang akan minta anda bayar shipping cost untuk penghantaran ke rumah namun jangan risau yer bukannya mahal pun. Contohnya petite fuhsia cuma minta anda RM3.90 sahaja kos untuk pos ke rumah anda. Murah jer kan... so tunggu apa lagi, jom terjah barangan PERCUMA!!! (Click pada nama jenama yang anda berminat untuk dapatkan sample percuma dan anda akan dibawa ke link pendaftaran untuk dapatkan sample tersebut)

         Lampin Pakai Buang (diapers):
  1.          Huggies
  2.           Mamypoko
  3.           Drypers
  4.           Diapex
  5.           Merries : saiz Super Premium Tape NB,S
  6.           Merries : saiz Super Premium Pants M
  7.   7. Lampin Pakai Buang Dewasa – TENA
Susu Tepung:
  1.            Enfagrow
  2.        Enfamama
  3.        Sustagen
  4.           Pediasure
  5.           Isomil Plus
  6.        Similac Gain Plus Gold for 1 to 3 years old
  7.        Similac Gain Kid Gold for 4-9 years old
  8.        Similac Mom Gold
  9.        Adult nutrition : Ensure Gold Green Tea & EnsureGold Vanilla
  10.        Dutch Lady      
  11.             Lactokid 1-3
  12.        Lactogrow
  13.             Anmum
  14.             Frisogold 
  15.             Frisomum gold
  16.           Nankid Optipro 3 
  17.        Nestle Cerelac Infant Cereal
  18.        Nestle Mom&Me
  19.        Dugro

          Pad/Tuala wanita :
  1.            Libresse
  2.            Laurier
  •      EBook Percuma :
- Business Affiliate : Cara terbaik dan berkesan menjana pendapatan
- Jualan Pro : Tips dan Strategi tingkatkan Jualan
- EBay : Ketahui Formula kejayaan di EBay


   











Sunday, August 25, 2019

LIRIK LAGU SESUNGGUHNYA NYANYIAN RAIHAN DAN ALIF SATAR







Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga kutahu syukurku adalah milikMu


Saturday, August 24, 2019

10 TIPS TEMUDUGA KERJA UNTUK PENCARI KERJA

Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau melebihi pesaing anda. Jika tidak, anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Lengkapkan diri anda dengan 10 tips temuduga untuk pencari kerja samada sektor awam atau swasta sebelum anda memulakan langkah menuju ke bilik temuduga:-


1. Buat kajian. Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti.

Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda. 

3. BersediaBawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa.
Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga. Lebih baik jika anda mencari lokasi tersebut sehari sebelum temuduga dijalankan sekiranya anda tidak biasa dengan kawasan berkenaan dan tidak pernah pergi ke lokasi tersebut sebelum ini.

5. Tunjukkan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. DengarIni merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya.
Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai. Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

Rujukan yang lebih lengkap anda boleh click DISINI 


I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts