Blog Archive

Wednesday, April 7, 2010

BUATMU AYAHANDAKU (MENINGGAL 03.04.2010)

Buatmu Ayahandaku
Kuiringi pemergianmu dengan doa kudusku
moga rohmu dicucuri rahmat dariNya
moga tenang dirimu di alam sana
tiada airmata atau raungan
cuma kalimah2 suci dibibirku
agar hidupmu disana dibawah RahmatNYA...

Buatmu Ayahandaku
apapun jua yg terjadi kini
terletak dibahuku
dan aku redha
kuterima dengan tulus
dan permintaanmu yang terakhir
pasti aku tunaikan
walau terpaksa kuharungi segala pahit dan getir...

Buatmu Ayahandaku
terima kasih kerana mengizinkan aku
menghirup udara didunia ini
terima kasih kerana menjadikan aku
setabah ini sekuat ini

Untukmu Ayah
kuiringi pemergian mu
dengan kalimah INNALILLAH
bersama AL-FATIHAH
disulami SURATUL YAASIN
hadiah kami untukmu...



3 comments:

JAIRO said...

takziah aku ucapkan.. alfatihah tu allahyarham.. semoga roh dicucuri rahmat...

ridzalwex@yahoo.com.my said...

takziah....semoga roh nye ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman... jangan lupa sedekahkan al-fatihah tiap kali lepas solat.....amin...

Nasibah said...

Terima kasih atas ucapan takziah dan doa yang diberikan kepada allahyarham ayahanda saya. Dah 9 tahun berlalu namun masih terasa macam semalam ayah masih ada disisi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan Husnul Khotimah. Aamin.

I-SINAR PENGELUARAN AKUAN 1 KWSP

  i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan   dalam talian  bermula 21 Disember 2020  https:...

Popular Posts